Cara Buat Semakan Status Kelulusan BPN 2.0 Fasa 2
Menteri Kewangan menerusi Facebook rasmi beliau telah memaklumkan Bayaran BPN 2.0 Fasa 2 akan dibayar kepada mereka yang layak pada Januari 2021.
Sebelum ini, bayaran BPN 2.0 Fasa 1 telah dibuat bermula 19 Oktober 2020 yang lalu. Bayaran BPN telah dimasukkan ke akaun bank penerima masing-masing.
Bila Bayaran BPN 2.0 Fasa 2 ?
Pembayaran BPN 2.0 Fasa Kedua telah dijadualkan pada Januari 2021. Namun, tarikh sebenar bayaran BPN 2.0 ini masih belum diumumkan.
Jumlah Bayaran BPN 2.0 Fasa Kedua
Bayaran BPN 2.0 Fasa Kedua ini adalah lebihan bayaran selepas bayaran Fasa 1 dilakukan.
Contohnya, Hisyamuddin di bawah kategori Isi Rumah B40. Beliau layak menerima BPN sebanyak RM1000. Beliau telah menerima bayaran Fasa 1 sebanyak RM700 pada 19 Oktober yang lepas. Jadi, pada bayaran Fasa 2 nanti, beliau akan menerima sebanyak RM300.
Bagi yang tidak layak menerima BPN 2.0 dan mengemukakan rayuan pada 15 Oktober 2020 hingga 15 November 2020 bolehlah membuat semakan kelulusan seperti di bawah ini.
Cara Buat Semakan Status Kelulusan BPN 2.0 Fasa Kedua
Cara membuat semakan status kelulusan dan maklumat bayaran BPN Fasa Kedua adalah seperti langkah-langkah berikut:
- Klik pautan berikut: BANTUAN PRIHATIN NASIONAL
- Masukkan nombor kad pengenalan yang didaftarkan dan klik icon search di sebelah.
- Masukkan kod CAPTCHA dan klik SEMAK.
- Status kelulusan akan dipaparkan sama ada anda lulus atau gagal.
Sekiranya semakan rayuan ini menyatakan anda LULUS, anda akan menerima bayaran secara one-off pada Januari 2021 ini.
Cara Pembayaran BPN 2.0 Fasa 2
Pembayaran akan dilakukan dengan cara yang sama seperti BPN Fasa 1 iaitu:
- Dibuat secara terus ke akaun berdaftar di bawah data Bantuan Sara Hidup dan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
- Pembayaran secara tunai bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank.
- Penerima BPN 2.0 di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank akan menerima bayaran pada tarikh dan tempoh yang sama seperti di Semenanjung Malaysia.
- BPN 2.0 akan dibayar secara one-off dengan bayaran BSH 2020 fasa ketiga sekiranya penerima pedalaman Sabah dan Sarawak tidak mempunyai akaun bank bank.
Maklumat Lanjut tentang BPN 2.0
Kami pasti, masih ramai yang mempunyai persoalan tentang Bantuan Prihatin Nasional 2.0 ini. Anda boleh mengemukakan sebarang pertanyaan dan mendapat maklumat lanjut mengenai BPN 2.0, dengan melayari Laman Web Rasmi LHDNM seperti pautan di bawah ataupun hubungi talian hotline seperti berikut :
- Portal Rasmi LHDNM
- HASIL Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)
- HASIL LIVE CHAT
Syukur Alhamdulillah… Ada Bantuan ni, lega sikit lah. Anak nak masuk sekolah.
Geng Borak recently posted…Semakan BPR : Cara Mohon dan Check Status Bantuan Prihatin Rakyat 2021