pemilik Seminit Resipi

Anak Muda Pemilik Berani Buat Ini Kongsi Sebab Tidak Buka Akaun TikTok

Tiktok.. Saya sampai sekarang tak buat content kat Tiktok.. Walaupun team Tiktok sendiri dah contact saya banyak kali untuk setup akaun kat Tiktok dan diorang akan bagi “peremium” akaun.”Premium” akaun ni kelebihan dia direct dapat support Tiktok dan akan dapat organic reach yang lebih banyak daripada orang lain.Tapi saya still tak buat akaun Tiktok.. Dilema saya still berat kepada tidak membuat akaun Tiktok.

Pertama kali membaca muat naik status pemilik Facebook Berani Buat kegemaran ramai ini, hati kami tertanya-tanya sebab utama beliau tidak kongsi konten di platform TikTok. Sedia maklum, platform TikTok menjadi kegemaran anak muda hari ini untuk memuat naik konten terutama video dan buat duit dengan TikTok.

cara login tiktok

Wan Syafiq yang juga pemain konten di Seminit Resipi turut berkongsi 3 fakta tentang TikTok.

  1. Ramai orang muda
  2. Fokus video pendek sensasi
  3. Platform content joget/seksi sebagai content popular

Kongsi beliau lagi, realiti tentang Tik Tok adalah:

Realiti Tik Tok

Ramai content creator yang baik cuba masuk dalam Tiktok dengan niat nak ajak orang muda tengok content baik.Realitinya begini.

Tiktok itu boleh dianggap sebagai Disko dimana tempat orang bersosial, berjoget, macam-macam situ.

Disko tu nak bagi ramai orang datang tempat dia untuk jana lebih banyak income. Jadi disko tu pun bagi sewa bilik-bilik lebih secara percuma untuk orang buat event supaya lebih ramai pelawat.

Maka, mula lah orang-orang baik setup event dekat bilik kosong kat disko tu. Event ajar memasak, ceramah, teknologi.. macam-macam..Kelebihan dia? Orang yang kat disko tu ada yang singgah event ceramah agama contohnya. Dari datang disko nak tengok awek bergelek, sekarang datang disko boleh dengar ceramah agama.

Bukan setakat tu, ada kelas memasak, ada teknologi, ada sharing benda baik. Macam-macam dah ada kat disko tu.

Tapi hakikatnya? Ianya still disko. Kalau masuk je kompem akan bergelek gadis-gadis dalam tu. Yang kental akan tutup mata sambil melintasi gadis separa bogel dan pergi ke arah bilik yang ada ustaz contohnya.

Ok.. Nampak ada part baik.. ada part buruk.

Wan Syafiq turut berkongsi dilema beliau untuk lebih kepada tidak buat content di Tik Tok.

Haa.. Dilema saya adalah:

“Berapa ramai orang yang saya akan educate” VS “Berapa ramai orang yang saya tarik masuk disko”

Satu point baiknya.. Saya akan educate orang kat disko..

Point buruknya.. Orang kat disko ada sebab untuk stay kat disko..

Dan orang luar yang tak pernah gi disko akan datang disko untuk tengok content saya.

Kalau saya serius di TikTok.. Bermaksud saya maybe bawa lebih 2juta audience saya ke disko..

Ratio Kebaikan VS Mudarat ini yang buat saya tak join TikTok.

Ramai orang kata kalau banyak content creator baik kat TikTok, akan ubah platform TikTok.. Dalam logik saya, agak mustahil sebab core platform TikTok adalah huburan sensasi.

Dengan parent companynya adalah ByteDance. Diorang profit content oriented.. Content sosial yang seksi, ini memang jana big audience.. Mana diorang peduli nak jadikan platform diorang baik.. Umpama minta disko tukar jadi masjid.. huhu..

Cuba compare Facebook dan Youtube.. Korang guna create akaun baru dan tengok, apa default content kat situ.. Ada variasi content.. Kalau TikTok, install je penuh goyang itu ini.. Itu Default..

Ini just pendapat saya bagi seorang professional dalam bidang media kreatif dan IT.

Pendapat lain sangatlah dialu-alukan kerana saya suka orang critical thinker.

“Ustaz pun buat Tiktok.. Takkanlah Ustaz tak tahu hukum”

Saya tidak sama sekali ingin kritik para Ustaz.. Saya hormati mereka.. Tapi kepakaran mereka pada agama.. Mereka tidak mahir media dan IT seperti kemahiran agama mereka.

Kepakaran saya adalah media dan IT.. Jadi relevant untuk dapatkan sudut pandang orang seperti saya kerana ini tentang Media dan IT.

Saya tidak sekali menjatuhkan hukum pada pengguna TikTok.. Internet ni penuh dengan benda mengarut..

Saya just share dilema saya sebagai content creator yang ada audience ramai.

Perkongsian oleh: Wan Syafiq Wan Zahidi #beranibuat

Kesimpulan

Kita raikan pendapat masing-masing tentang sesuatu perkara. Setiap platform media sosial yang wujud di dunia ini ada baik dan buruknya.

Setiap pengguna harus peka dan tahu menilai mana baik mana buruk sewaktu menggunakannya. Jika salah langkah, buruk padahnya. Saling mengingati adalah jalan yang terbaik untuk kita semua.

2 Replies to “Anak Muda Pemilik Berani Buat Ini Kongsi Sebab Tidak Buka Akaun TikTok”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge