Cara Mandi Wajib Yang Betul
Apabila anda berada dalam keadaan berhadas besar atau baru sahaja kering darah haid bagi seorang wanita maka perlu mandi wajib bersertakan dengan niat supaya kembali suci, dibawah adalah langkah cara niat mandi wajib dengan betul.
“… dan jika kamu junub maka mandilah” (QS Al Maidah: 6)
Tentang Mandi Wajib
Cara menghilangkan hadas besar adalah dengan mandi wajib iaitu dengan membasuh keseluruhan tubuh dari kepala sehingga hujung kaki.
Seorang muslim yang belum mandi wajib tidak boleh mengerjakan solat.
Untuk membolehkan anda kembali beribadat kepada Allah dalam keadaan suci dan bersih selepas perkara di atas, anda wajib mandi wajib.
Sebab Mandi Wajib
- Keluar air mani
- Bersetubuh
- Haid dan Nifas
- Kematian
- Selepas orang kafir masuk Islam
Doa dan Niat Mandi Wajib
Sebelum mula mandi wajib, perlulah membaca niat dan doa mandi wajib terlebih dahulu. Anda boleh membaca niat di dalam hati sahaja atau melafazkan niat mandi wajib.
Niat Mandi Wajib: Nawaitu raf ‘al hadasii akbari lillahi ta’ala.
Maksud: Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.
Cara Mandi Wajib Dengan Betul (Rukun)
- Terlebih dahulu mulakan dengan niat. Niat ini membezakan antara mandi wajib dan mandi biasa.
- Semoleknya cuci tangan anda terlebih dahulu, semoleknya dengan sabun.
- Bersihkan kemaluan anda di semua bahagian (guna tangan kiri).
- Cuci tangan sesudah anda bersihkan kemaluan – Sebolehnya hal ini dilakukan terlebih dahulu sebanyak 3x, kerana tangan akan digunakan bagi membersihkan seluruh bahagian tubuh yang lain.
- Ambil wuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
- Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
- Ratakan air di celah lipatan, bulu dan rambut
- Jirus air ke seluruh badan dimulakan dengan sisi kanan dan ke kiri.
- Jirus ke seluruh badan hingga ke kaki, lubang pusat, belakang badan, dan semua part supaya kena air (sabun seluruh badan).
- Selesai
Perlu diingat, untuk menyempurnakan mandi wajib ini, anda haruslah menggunakan air mutlak
Semoga dengan perkongsian tentang cara mandi wajib yang betul ini dapat membantu anda beribadat dengan lebih sempurna.
terima kasih atas ilmu perkongsian ini. wajib mandi lah ni. Laila…
Geng Borak recently posted…Petua dan Cara Hilangkan Tanda Karat
wajib mandi & mandi wajib lain lain tu bang haha
Lima Minit recently posted…Akibat Covid-19, Hotel Equatorial Penang Yang Telah Beroperasi 30 Tahun Bakal Ditutup Mac 2021
Ramai yang ambil mudah cara mandi wajib ni. Bagus la Laila share info
abam recently posted…Gulai Kawah Batang Pisang Hidangan Orang Kedah
kadang benda simple tapi ramai terlupa. Yang pentin, mandi…
Lima Minit recently posted…iSinar Bayaran Interim RM1,000 Bermula 26 Januari
sy niat dlm bhsa melayu je..xhafal
Zul Muhammad recently posted…Cara Mohon Bantuan Ustaz Ebit Lew
tak pe. boleh juga. janji ada niat
Lima Minit recently posted…Akibat Covid-19, Hotel Equatorial Penang Yang Telah Beroperasi 30 Tahun Bakal Ditutup Mac 2021
satu ilmu yang boleh dijadikan ulangkaji..
memang menarik..
mrhanafi recently posted…Ibarat mentol yang terbakar….
selalu selalulah ulangkaji ye
Lima Minit recently posted…Cara Mohon Dan Semak Status Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021
Tulisan yang sangat bermanfaat karena masih banyak orang selama ini melakukannya tanpa panduan jelas. Insya Allah jadi amal jariyah. Amin…
Dwi Wahyudi recently posted…Komunitas Blogger Kalimantan Barat, Mimpi yang Tak Mudah untuk Dieksekusi