Drama-Melayu-Jalan-Sesat-Ke-Syurga

Jalan Sesat Ke Syurga. Bukan Drama Melayu Klise

Bermula 3 Ogos 2020, Astro Prima akan mula menayangkan drama Melayu bertajuk Jalan Sesat Ke Syurga.

Drama yang dibintangi oleh pasangan hebat Dato’ Aaron Aziz dan Elizad Sharifuddin mula menjadi bualan apabila satu poster sedutan drama tersebut mula tersebar.

Berdasarkan tajuk drama, ramai yang dah boleh mengagak jalan utama cerita ini.

Perempuan menjadi imam. Ada makmum yang tak pakai telekung atau menutup aurat. Makmum perempuan pula sebaris dengan makmum lelaki. Sangat pelik. Pelik lagi menyesatkan!

Drama Jalan Sesat Ke Syurga

Drama Jalan Sesat Ke Syurga ditayangkan sebanyak 34 episod di saluran Astro Prima Slot Tiara.

Dibintangi oleh Dato’ Aaron Aziz yang memegang watak sebagai Hamzah. Hamzah hendak dijodohkan dengan Inara yang dilakonkan oleh Elizad Sharifuddin. Hamzah berhadapan dengan dugaan yang mencabar apabila mengetahui kedua ibu mertuanya mengamalkan ajaran songsang.

Drama arahan bersama Osman ali dan Shuhaimi Zulkefli ini turut dibantu oleh barisan pelakon hebat lain seperti Datuk Jalaludin Hassan, Aleza Shadan, Nelissa Nizam dan ramai lagi.

Bukan Drama Melayu Klise

Rata-rata teruja menunggu siaran drama Melayu ini. Setidak-tidaknya, jalan cerita drama ini bukanlah seperti kebanyakan drama Melayu lain. Kalau tak tentang kemewahan, pasti kita dah muak menonton drama yang memaparkan sport cars, rumah mewah, seorang keluhan anak yang terpaksa meneruskan legasi perniagaan mewah bapa dan sebagainya.

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan jalan cerita atau paparan drama ini kerana dikhuatiri boleh mempengaruhi anak muda ke jalan yang sesat.

Namun, pendapat kami, ini realiti yang perlu kita hadapi. Isu-isu sebeginilah yang perlu didedahkan untuk pengetahuna ramai.

Tiada pula dengan menonton drama Melayu klise yang memaparkan kemewahan luar biasa seorang ahli perniagaan menjadikan anak-anak kita berjaya dan kaya-raya dengan sekelip mata.

Untuk makluman, ajaran sesat sebegini memang berlaku. Ajaran yang mengangkat kaum wanita menjadi imam adalah ajaran yang diketuai oleh Amina Wadud.

Tak percaya, cubalah Google dan baca.

Serius, kami tidak sabar untuk menonton drama Melayu dengan genre sebegini! Lain daripada lain. Semoga drama ini berjaya memberi 1001 pedoman kepada semua penonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge