pemakaian facemask

Miskin Atau Kaya, Tetap Kena Denda RM1K.

Keseriusan kerajaan mengawal penularan Covid-19 terbukti dengan penambahan syarat wajib dikenakan apabila berada di tempat awam.

Terbaru, pemakaian pelitup muka atau facemask telah diwajibkan jika anda berada di tempat awam bermula 1 Ogos 2020. Jika anda ditangkap tanpa memakai facemask dengan sengaja, anda boleh dikenakan denda sehingga RM1,000.

Selesa atau tidak, anda tetap perlu memakai facemask buat masa sekarang ini,

Tempat Wajib Pakai Pelitup Muka

Anda wajib memakai facemask apabila berada di:

  1. dalam pengangkutan awam ie: bas, teksi, LRT, ehailing
  2. tempat awam yang sesak ie: pasar awam, pasar tani

Ya, anda wajib memakai facemask apabila berada di dua tempat di atas. Namun, anda tidak wajib memakai facemask apabila berada di rumah sendiri atau kenderaan sendiri. Juga, tidak diwajibkan semasa melakukan aktiviti fizikal; dan bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah.

Peraturan terbaru ini bukan sekadar undang-undang di atas kertas. Kerajaan sangat serius mengawal pandemik yang sedang kita hadapi.

Untuk makluman anda, pada minggu pertama ini sahaja, sudah ada rakyat Malaysia yang dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana tidak memakai facemask di tempat awam.

Di bawah ini adalah screenshot satu video yang tular dua tiga hari lepas. Seorang pegawai polis menegur beberapa orang pekerja kafe yang tidak memakai facemask dengan cara betul.

Setelah meleteri pekerja tersebut, pegawai polis itu telah meminta kad pengenalan mereka. Mereka mungkin dikenakan amaran terakhir atau dikenakan kompaun RM1,000.

Kalau betul mereka dikenakan kompaun, itu akan menjadi pengajaran paling besar dalam hidup mereka. Bayangkan jika pendapatan mereka bekerja di kafe tersebut sebanyak RM1,500 sebulan, hampir 70% pendapatan mereka hilang sekelip mata begitu sahaja.

Penguatkuasaan pemakaian pelitup muka kepada semua adalah satu tindakan yang adil. Tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin. Yang tak pakai, akan dikenakan denda.

Tujuan utama mewajibkan pemakaian facemask adalah untuk mencegah penularan Covid-19, untuk menghalang diri kita daripada dijangkiti dan menjangkiti.

Jadi, kita harus jaga sesama kita. #kitajagakita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge