rayuan bantuan sara hidup

Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) Online Bermula 7 Ogos Ini

Bantuan Sara Hidup (BSH) fasa ketiga telah pun diterima oleh individu yang layak baru-baru ini. Tahniah kami ucapkan dan gunalah duit yang diterima dengan berhemah.

Kepada yang layak menerima bantuan sara hidup tetapi permohonan sebelum ini ditolak, anda boleh membuat permohonan rayuan BSH 2020 bermula 7 Ogos 2020.

Permohonan Bantuan Sara Hidup 2020 (BSH 2020) akan dibuka bermula 7 Ogos sehingga 6 September 2020. Ini adalah peluang untuk individu yang tidak berjaya memohon rayuan.

Dokumen Sokongan Rayuan BSH 2020

Beberapa dokumen diperlukan semasa membuat proses rayuan.

  • Salinan Mykad sendiri
  • Salinan Mykad pasangan
  • Penyata gaji terkini
  • Surat Status perkahwinan

Senarai dokumen sokongan bagi proses rayuan diperlukan bagi memastikan individu yang memohon benar-benar layak menerima bantuan ini.

Cara Membuat Rayuan BSH 2020

Anda boleh memohon di https://bsh.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx

Seterusnya, anda hanya perlu merujuk panduan yang disediakan untuk membuat permohonan rayuan secara online.

Syarat Kelayakan BSH 2020

Sebelum mengemukan permohonan rayuan BSH 2020 ini, pastikan anda tidak tergolong dalam golongan seperti berikut:

  1. Berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan
  2. Menetap di luar negara
  3. Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
  4. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
  5. Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
  6. Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  7. Pemegang saham / pengarah syarikat
  8. Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
  9. Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
  10. Memiliki motosikal melebihi 500cc
  11. Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000

Sekiranya anda tersenarai dalam salah satu seperti di atas, peluang untuk anda LULUS dalam permohonan BSH 2020 ini adalah tipis. Ada ramai lagi individu lain yang benar-benar layak untuk menerima duit BSH ini.

Selain memohon di atas talian, anda juga boleh membuat permohonan rayuan di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)/Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre – UTC) yang berdekatan dengan kawasan berdekatan.

Elak Ditipu Oleh Pihak Tidak Bertanggungjawab

Sebarang makluman berkenaan Bantuan Prihatin Nasional boleh diperolehi pada  Portal Rasmi BSH (https://bsh.hasil.gov.my).

Pemohon dinasihatkan untuk ELAKKAN daripada mengisi apa-apa borang atau mendapatkan makluman daripada laman web yang tidak diketahui kesahihan atau melalui panggilan telefon bagi mengelakkan penipuan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge