letupan dahsyat di Lubnan

Punca Letupan Dahsyat di Beirut?

Ibarat letusan bom atom!

Itulah perasan orang ramai apabila menonton video tular yang memaparkan letusan yang dipercayai berlaku di di sebuah gudang berdekatan pelabuhah di ibu kota Lubnan, Beirut pada 4 Ogos 2020.

Maklumat awal daripada Kementerian Dalam Negeri memaklumkan gudang tersebut menyimpan ammonium nitrat.

Satu kebakaran kecil yang disusuli letupan dahsyat telah menggegarkan Beirut dan kawasan sekitar sejauh beberapa kilometer. Letupan kedua yang berlaku mengeluarkan asap berwana jingga dengan kesan gelombang mengejut seakan-akan puting beliuang mencetuskan panik orang awam sehingga berpuluh kilometer dari tempat kejadian.

Ribuan orang awam yang berada di sekitar lokasi letupan ini cedera. Kematian masih belum dikenal pasti.

Kredit: AFP

Beberapa bangunan di kawasan sekitar juga musnah dan mengalami kerosakan teruk termasuk kediaman bekas Perdana Menteri Saad Hariri. Antara kerosakan yang dialami adalah balkoni runtuh dan dinding rosak terus.

Selain impak kepada bangunan sekitar, kepulan juga dapat dilihat sejauh 10 kilometer dari tempat letupan.

letupan di Beirut
Lebih 2000 orang cedera dalam kejadian letupan gudang di Beirut – AP

Baja Kimia Punca Letupan

Menurut kata Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab, ammonia nitrat atau baja kimia menjadi punca letupan yang sudah mengorbankan lebih 70 nyawa.

Sebanyak 2,750 tan baja ammonia nitrat disimpan di gudang pelabuhan tersebut sejak bertahun-tahun lepas. Baja tersebut adalah hasil rampasan yang disimpan di gudang berdekatan kawasan tumpuan ramai membeli-belah dan aktviti hiburan di waktu malam.

Sehubungan dengan tragedi letupan ini, Menteri Pertahanan Lubnan mengisytiharkan Beirut sebagai zon Bencana dan merayu negara sekutunya untuk menghulurkan bantuan segera.

Tragedi yang menimpa Beirut ibarat “Sudah jatuh ditimpa tangga”. Ketika ini, negara tersebut sedang bergelut merawat mangsa Covid-19 kini terpaksa merawat mereka yang tercedera akibat letupan tersebut.

Turut terkesan secara langsung adalah ekonomi negara Lubnan. Ekonomi Lubnan bertambah buruk sejak beberapa bulan lalu akibat kejatuhan mata wang sehingga kebanyakan perniagaan terpaksa ditutup dengan kadar kemiskinan dan pengangguran terus meningkat. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge