Cara Daftar MySejahtera. Semua Premis Di Malaysia Wajib Guna Aplikasi Ini.
Penggunaan aplikasi MySejahtera akan diwajibkan di semua premis yang beoperasi di Malaysia.
Kerajaan akan mewartakan penggunaan aplikasi ini dalam peraturan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sebagai usaha menyelaras data-data yang diperlukan dalam usaha mencegah penularan Covid-19 di negara ini.
Buat masa sekarang, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdepan masalah mengesan kontak rapat kes jangkitan Covid-19 berikutan ada sesetengah pemilik premis tidak menggunakan aplikasi MySejahtera. Ada pemilik premis hanya menyediakan buku rekod untuk setiap pelanggan menulis butiran diri dan suhu badan mereka.
Aplikasi MySejahtera
Mungkin ada yang tidak mengetahui apa sebenarnya aplikasi MySejahtera. Aplikasi ini dibangunkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu mengawal penularan pandemik Covd-19 di Malaysia dengan membolehkan pengguna membuat penilaian kesihatan kendiri.
Pada masa yang sama, aplikasi ini memberi akses kepada pihak KKM untuk mengambil tindakan cepat dan berkesan sekiranya terjadi kes jangkitan.
Cara Daftar MySejahtera
#1 Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang aplikasi MySejahtera di https://mysejahtera.malaysia.gov.my/ .
#2 Muat turun aplikasi MySejahtera di smartphone anda.
#3 Daftar MySejahtera menggunakan no telefon atau email anda.
#4 Anda akan menerima OTP sejurus mendaftar.
#5 Anda juga akan menerima email pengesahan. Klik pautan pengesahan.
#6 Kemaskini butiran diri anda seperti nama penuh, no kad pengenalan, no telefon, jantina, bangsa, alamat terkini dan lain-lain.
#7 Tetapkan KATA LALUAN (PASSWORD)
#8 Tekan butang SAHKAN.
#9 Pendaftaran MySejahtera anda telah pun selesai.
#10 Anda akan menerima mesej daripada pihak MySejahtera. Baca dan tekan TUTUP. Anda sudah boleh LOGIN kembali ke aplikasi MySejahtera.
Cara Login MySejahtera
Pastikan anda sudah memuatturun aplikasi MySejahtera di smartphone anda.
#1 Buka aplikasi MySejahtera. Masukkan ID Pengguna anda.
#2 Klik Log Masuk. Selesai.
Cara Daftar MySejahtera CHECK-IN Untuk Pemilik Premis
Bagi pendaftaran MySejahtera CHECK-IN, anda boleh mengikut 5 langkah seperti yang dikongsikan di gambar di atas.
Langkah 1: Daftar premis anda di https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/
Langkah 2: Masukkan no telefon bimbit anda dan tekan DAFTAR.
Langkah 3: Masukkan OTP atau pautan yang diterima di email.
Langkah 4: Isikan butiran pendaftaran premis dan tekan butang HANTAR.
Langkah 5: Anda akan menerima kod QR MySejahtera premis anda untuk dimuatturun dan cetak.
Kod QR yang dicetak perlu ditampal di pintu masuk premis untuk diimbas oleh setiap pengunjung yang berkunjung ke premis anda.
Semoga kita semua dijauhi daripada jangkitan Covid-19 ini. #kitajagakita
Saya baru jer nak pasang..
mrhanafi recently posted…Gaya hidup sihat yang terbaik
Kita pon dah instaall kat phone. Senang nanti nak masuk kedai mana mana scan jer QR code. Ok gak buat camni tapi ada jugak tak ok nya. Ada juga orang tua yang tak pakai smart phone. Jadi kalau takde smart phone takle masuk kedai ke camne kira ni ..
biasa ada disediakan buku. boleh tulis secara manual
apps yang sangat berguna pada masa covid-19 melanda ni..kita da buat da awal2 dulu untuk company..hihi
Sunah Sakura recently posted…Gulai Lemak Udang Harimau dengan Rebung Madu dari Rumpun SriMelati
Yep, I already have this app on my phone. Thank you for sharing.
Masa memula ada MySejahtera. Ruby happy gila. Pastu tetiba kat mall ada memacam la apps QR. Semua berlumba nak kumpul data pengunjung. Jadi, bila MySejahtera dah mula bertegas untuk mewajibkan semua premis guna aplikasi yang sama. I happy!!!!!!!! Hahahaa.
Ruby recently posted…Memori Indah 3H2M Ke Sana Ke Sini Ke Sunway
Selama ni guna Selangkah je dekat office. since dah ada mysejahtera ni boleh la daftar untuk office pulak
BBL prefer pakai mysejahtera sebab just scan je kod qr kat pintu masuk. senang sikit dari kena tullis nama, no telefon bagai tu. sekarang dah wajib kena ada apps ni kan
Baguslah diwajibkan sebab ada lagi yang degil taknak install. Sbb ada apss scan lain. Kita pon blur bila die jawab mcmtu. Boleh detect contak rapat ke kalau pakai apss lain ea? Janji ena dah install dan guna.
Senang pakai mysejahtera ni. Check in dh masuk. Memang segala maklumat tentang covid dan kesihatan kita ada dlm ni. Masa mula2 dia buat nad terus download
Apps ni mmg penting skrg. Memudahkan urusan ketika keluar berbelanja yg perlu prosedur sop dan sebagainya
Dah daftar dan dah dpt pun RM50. Qplikasi ini memang harus dimuat naik utk informasi terkini tentang COVID-19.
alhamdulillah tq, done register. thanks for this info ya
Raihanah recently posted…Kenapa tak boleh beli Shaklee Dari Laman Web E-Commerce?
Kita dah guna waktu awal lancar, memang mudah sangat, tak payah nak tulis-tulis bagai…
Sis Lin recently posted…WORDLESS WEDNESDAY – MEE HOON SUP DAGING
Ada daftar. Tapi tu la. Selalu guna tulis dekat buku je nak cepat dan mudah.
Lepas ni kena guna apps ni la ye..
Huhuhu
Info yang berguna semasa pandemik ni, kami pun dah daftar hari tu. So, skarang tak perlulah nak tulis-tulis lagi tiap kali masuk kedai.
TB belum sempat daftar lagi.. nanti Tb daftar la sebab tengok senang je dan tak banyak nak kena isi.. so boleh la isi nanti..
Dah daftar dah mmg senang. Klu ada MySejahtera