Kronologi Kluster Sivagangga. Dari Kedah Dah Merebak Ke Shah Alam.

Hari ini, semua operasi termasuk solat jemaah lima waktu dan aktiviti masjid di surau Al-Jannah Seksyen 23, Shah Alam diarah tutup serta-merta.

Aktiviti Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di surau tersebut juga diarahkan ditutup buat sementara waktu.

Arahan ini dikeluarkan oleh selepas seorang jemaah surau itu menjadi kontak rapat dengan pesakit Covid-19 (Kes 8937) berkaitan kluster Sivagangga.

Notis Penutupan Sementara

Kronologi Kluster Sivagangga.

#1 28 Julai, KKM mengumumkan kemunculan beberapa kluster baru termasuk Kluster Sivagangga.

#2 Kluster ini berpunca dari seorang pemaustatin tetap yang baru pulang dari Sivagangga, India pada 13 Julai 2020.

#3 Pada saringan pertama di pintu masuk KLIA, keputusan ujian individu tersebut adalah negatif. Saringan kedua dilakukan ke atas individu tersebut menghasilkan keputusan positif. Kes positif ke-8937 ini adalah kes indeks bagi Kluster Sivagangga.

#4 KKM segera melakukan tindakan pembendungan dan mengesan kontak rapat.

#5 Individu tersebut mempunyai kedai makan Nasi Kandar di Napoh telah melanggar arahan kuarantin di rumah atas Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO). Individu ini telah menjangkiti 4 pekerjanya yang Bukan Warganegara.

#6 Kesan penyebaran Kluster Sivagangga:

(i) Beberapa sekolah diarahkan tutup. Antara ialah:

– Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Hosba.
– Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba.
– SMK Megat Dewa.
– SK Megat Dewa.

(ii) TEMCO dilaksanakan di 4 Mukim iaitu:

– Mukim Ah
– Mukim Hosba
– Mukim Binjal
– Mukim Padang Terap (Kampung Ulu, Padang Sanai).

(iii) Semua premis yang ada kontak rapat dengan individiu tersebut telah disaring dan melalui proses nyahkumah.

#7 Surah Al-Jannah Seksyen 23 Shah Alam ditutup sementara kerana salah seorang jemaah menjadi kontak rapat ke kes indeks Kluster Sivagangga.

Punca Kluster Sivagangga Tersebar Dengan Cepat.

Punca 1 : Individu tersebut telah melanggar arahan kuarantin di rumah atas Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO)

Punca 2: Kedai makan milik individu Kes 8937 di Napoh, Jitra, Kedah beroperasi tanpa mengamalkan SOP seperti yang ditetapkan oleh kerajaan. Pihak kedai tidak merekodkan kehadiran pelanggan, tidak mengambil suhu badan pelanggan dan tidak menggunakan aplikasi MySejahtera.

Tanpa rekod dan butiran pelanggan yang pernah berkunjung ke premis tersebut, menjadi cabaran terbesar kepada pihak KKM untuk mengesan dan menyaring mereka yang berisiko dijangkiti.

Kluster Sivagangga yang berisiko menjadi ‘Super Spreader’ boleh dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua agar tidak menyimpan atau merahsiakn sebarang maklumat penting seperti kemungkinan ada kontak rapat dengan kes positif Covid-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge