buat duit di linkedin

Cari Kerja Di LinkedIn

LinkedIn tidak seperti platform media sosial lain. Facebook, Instagram, YouTube atau Twitter masih menjadi kegemaran ramai untuk melakukan aktiviti sosial terutama golongan muda.

Berlainan pula dengan platoform LinkedIn. Pada pendapat kami, komuniti LinkedIn lebih matang dan professional membincangkan hal-hal berkaitan info kerjaya, peluang jana pendapatan dan peluang kembangkan karier mengikut industri masing-masing.

Berbanding platform media sosial lain, muatnaik di susur masa Linkedin lebih berinformasi. Sangat susah untuk membaca gosip murahan apatah lagi komen-komen mencaci hina terhadap sesetengah isu. Tidak menghairankan membaca komen-komen positif yang dilontarkan di posting-posting viral di LinkedIn kerana kebanyakan daripada pelontar komen tersebut mempunyai latar belakang yang hebat.

Di platform lain, agak sukar untuk anda membaca muatnaik atau komen daripada seorang CEO, General Manager atau Pengarah Syarikat. Di LinkedIn, perkara ini adalah normal.

Mungkin ramai yang tidak tahu, pada awal kewujudan LinkedIn pada tahun 2003, fokusnya sebagai ‘jambatan’ untk menyambungkan pihak majikan dan pekerja.

Bukan sekadar tempat bersosial, LinkedIn memberi peluang kepada mereka yang mencari kerja untuk menyerlahkan potensi diri secara professional kepada bakal majikan.

Bina Jenama Diri Di LinkedIn

Tidak ramai graduan yang tahu tentang platform LinkedIn ini sebagai satu kelebihan untuk membolehkan prospek iaitu bakal majikan untuk melihat bakat serta pengalaman graduan universiti di atas talian. Tidak ramai juga yang menggunakan platform ini untuk membina jenama diri secara professional. Peluang ini ada di LinkedIn.

Juga perlu diberi perhatian, dunia digital hari ini membolehkan majikan sudah tidak lagi bergantung kepada resume atau CV untuk mencari bakal pekerja mereka.

Mengikut perkongsian Ayu Shahirah Saleem, beliau menerima 25 tawaran kerja daripada syarikat sejak aktif di platform LinkedIn. Namun, graduan Universiti Teknologi PETRONAS ini tidak menerima tawaran tersebut kerana sudah pun menjawat jawatan pilihan. Beliau turut berkongsi peluang dan ruang ini kepada rakan-rakannya yang lain. Alhamdulillah, ada di antara mereka turut mendapat tawaran menerusi platform LinkedIn.

LinkedIn Sebagai Portal Cari Kerja

Dengan situasi ekonomi negara dan dunia hari ini, ramai yang bergelut mencari pekerjaan atau sumber pendapatan terutama graduan baru. Persaingan sangat hebat. Selain fokus memohon kerja di portal carian kerja seperti Jobstreet, anda juga boleh mencuba memohon pekerjaan menggunakan platform LinkedIn ini.

Kepada anda yang sedang mencari kerja, gunakanlah peluang ini dengan mengemaskini profil diri dengan lebih lengkap dan professional. Juga sangat penting untuk menulis satu rumusan diri yang menunjukkan kekuatan dan potensi diri anda di ruangan yang disediakan dengan cara tidak terlalu formal dan tidak terlalu santai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge