pendedahan hot burger

Siapa Hot Burger Malaysia?

Sejak semalam, nama Hot Burger Malaysia menjadi bualan hangat selepas satu video yang mendedahkan beberapa kegiatan judi haram dan perniagaan haram di Sungai Buloh tular di media sosial.

Video ‘live’ yang dipercayai dimuatnaik oleh pemilik Hot Burger Malaysia itu jelas menggambarkan kekecewaan beliau dengan sikap ‘pilih bulu’ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Tentang Hot Burger Malaysia.

Fakta Tentang Hot Burger Malaysia.

  1. Ditubuhkan pada tahun 2012.
  2. Founder Hot Burger Malaysia ialah En. Mohd Asri bin Hamid yang berpengalaman hampir 20 tahun menjual ‘burer stall’ atau burger jalanan.
  3. Konsep perniagaan tanpa modal ditawarkan kepada golongan sasaran.
  4. Kini, lebih 200 usahawan menjana pendapatan di bawah jenama ini yang beroperasi di seluruh Malaysia.
  5. Visi: Menjadikan Hot Burger sebagai Rangkaian Burger No. 1 di Malaysia
  6. Misi: Menyediakan platform perniagaan kepasa golongan sasaran.
  7. Mempunyai produk sendiri di bawah jenama Hot Burger seperti patty, sos burger

Pendedahan En. Mohd Asri Tentang Kegiatan Judi Di Sungai Buloh.

  1. En.Mohd Asri membuat video ‘live’ di Facebook selepas salah satu cawangan Hot Burger diarahkan tutup sedangkan premis lain di tepi jalan dan kaki lima masih bebas beroperasi.
  2. Beliau turut mendedahkan kedai Aceh yang didakwa menjual rokok seludup dan pusat-pusat judi yang beroperasi secara haram di dalam video live tersebut.
  3. Beliau juga mendedahkan aduan beliau sebelum ini kepada pihak berkuasa tidak diambil tindakan dengan baik. Identiti beliau sebagai pengadu telah didedahkan kepada tokey judi haram sehingga menjejaskan keselamatan beliau dan staffnya yang lain.
  4. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menafikan video oleh En.Asri tentang tiada tindakan diambil oleh pihak polis ke atas pusat judi haram. Tindakan terjah pusat judi haram telah dilakukan pada 2 minggu yang lepas.

Pihak polis akan mengesan dan memanggil En. Mohd Asri dalam masa terdekat untuk diambil keterangan lanjut termasuklah tentang video pendedahan yang tular tersebut.

Kami berharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan baik dan penuh intergriti.

Satu persoalan yang orang ramai inginkan jawapan, kenapa gerai burger ini disita dan diarah berhenti operasi, sedangkan kedai-kedai lain yang berniaga di kawasan larangan, pihak MBSA biarkan sahaja? Kenapa tidak dikenakan tindakan yang sama?

One Reply to “Siapa Hot Burger Malaysia?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge