
Kenapa Asri Janggut Hina Polis, Tentera?
Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau turut dikenali sebagai Asri Janggut akan dipanggil oleh pihak polis ke Bukit Aman dalam masa terdekat.
Timbalan Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata pihak polis akan membuka dua kertas siasatan terhadap Asri Janggut berhubung kenyataannya yang dianggap menhina pihak PDRM dan ATM.
Namun, Asri Janggut tampil hari ini memohon maaf di atas keterlanjuran kata sebelum ini yang mendakwa kebanyakan anggota polis dan tentera tidak menjaga solat mereka dan tidak menjaga akhlas dengan baik.
“Kebanyakan yang masuk jadi polis, jadi tentera ini tidak jaga solat. Kebanyakannya memang tak jaga solat.-Asri Janggut
Mohd Asri menyifatkan kenyataannya sebelum ini disebabkan ketelanjuran dan kejahilan.
Pada kami. kenyataan ini bukahlah disebabkan kejahilan hakiki beliau, tetapi lebih kepada sifat riak yang hadir tanpa sedap dalam diri. Bertaubatlah!

Sebelum itu, viral rakaman video sidang medianya yang mendapat pelbagai respons daripada warganet yang menyatakan bahawa ia suatu tindakan tidak berasas dan satu bentuk fitnah.
Asri Janggut Tiada Hak Mendakwa Anggota Polis, Tentera Tidak Menjaga Solat.
Dakwaan oleh Asri ini terlalu keras. Bukan sahaja boleh mengguris hati anggota polis dan tentera, tetapi juga mengguris hati pihak keluarga mereka.
Kenyataan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuklah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang turut membidas kenyataan Mohd Asri.
Tiada masalah di dunia ini yang tidak boleh diselesaikan dengan baik. Jika itu sikap anggota keselamatan yang Asri Janggut nampak, apakah usaha beliau untuk membetulkan kekhilafan tersebut?
Bukankah cuba membetulkan keadaan adalah lebih baik daripada melepaskan kata-kata yang tidak elok? Lidah setajam mata pisau.