
MySejahtera Boleh Kesan Lokasi Pengguna? Ini Jawapan KKM.
Ada dakwaan mengatakan aplikasi MySejahtera yang wajib digunakan di premis-premis awam memberi maklumat lokasi atau kedudukan seseorang. Ibarat satu tracker..!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menafikan penggunaan aplikasi MySejahtera untuk mengesan kedudukan sesorang.
Isu ini timbul selepas timbul dakwaan KKM menggunakan aplikasi itu bagi mengesan 400 individu yang hilang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi .
MySejahtera Bukan Aplikasi Tracker!

Menjawab soalan pemberita, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan bahawa Mysejahtera adalah milik KKM dan ia sama sekali tidak digunakan untuk menjejaki mereka yang melarikan diri dari kawasan PKPD.
Semalam, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang meminta bantuan polis untuk mengesan kira-kira 400 penghuni Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi yang gagal dikesan untuk membuat saringan Covid-19.
Aplikasi yang telah digunapakai oleh kebanyakan rakyat Malaysia hari ini, hanya akan digunakan untuk mengesan kes aktif dengan menyimpan kerahsiaan. Hanya jika perlu sahaja barulah pihak KKM akan gunakan pangkalan data untuk mengenal pasti sesuatu kes COVID-19.
Pengerusinya, Mohamad Zain A Hamid, berkata bilangan mereka yang didapati tidak pulang ke kediaman di situ diperoleh melalui rakan dan jiran selepas polis mengepung kawasan itu pada 6 petang, Selasa lalu.
Berkenaan data pengguna pula, pihak Kementerian Komunikasi Dan Multimedia pada Ogos lalu telah memaklumkan bahawa tempoh masa penyimpanan data peribadi adalah sehingga selepas enam bulan PKP ditamatkan.
Sumber: KKM

No 20,jalan1/9,taman sri kluang,kluang johor