bantuan covid19

Tak Mampu Jadi Seperti Ustaz Ebit Lew, Bantulah Setakat Mampu.

Seminggu ini dapat berita beberapa orang sahabat dan jiran yang dah diberhentikan kerja. Ada yang kilang tutup, company bungkus, ada juga dicutikan tidak bergaji.

Alhamduliah so far mengenali mereka dah mula buat macam-macam kerja, jual apa yang termampu janji boleh menyara keluarga.

Ada nasihat yang dikongsi berbunyi, musim pkpb ni, kena banyak berjimat. Elakkan shopping online, simpan duit tu. Kurangkan membeli, simpan duit tu untuk masa kecemasan.

Ya betul. Tapi tahu tak nasihat ni bikin kecewa mereka-mereka yang mula nak berniaga sebab dah diberhentikan kerja?

Sangat down perasaan orang yang kehilangan pekerjaan mendengar nasihat ini…kan.

Kredit: BHOnline

Sedikit cadangan saya, bila nampak ada kawan-kawan yang mula menjual macam-macam, jika tak mampu beli semua, carilah item yang paling murah sekadar yang kita mampu. Niatkan untuk bantu mereka. Memang nampak duit kita yang keluar, tapi melalui duit tu lah mereka buat beli pampers anak, susu anak, beli beras, garam, gula dan ikan serta sayur.

Jujurnya saya bukan jenis bagi anak-anak makan benda benda manis. Tapi tengok ada jiran yang dah start berniaga semasa cuti tanpa gaji , kita tahu how struggle mereka mencari wang untuk kelangsungan hidup. Beli juga brownies, kek yang bermacam nama, macam-macam manisan dan dessert yang mereka jual. Kalau kita tak makan, kita bole bagi jiran sebelah.

Maybe this time bukan masanya nak tegakkan prinsip kita, now adalah masa spread the love dan tolong bantu mana yang dah nak tersungkur.

Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain, dan niat bantu yang memerlukan dalam masa yang sama bukanlah boros dan membazir. Jika ada duit lebih tu, boleh gunakan khidmat Lalamove takat nak beli barang di kedai dekat-dekat.

Kos Lalamove area kawasan perumahan biasanya RM4-11. Nak beli garam, pampers, bagi yang ada duit lebih tu boleh guna khidmat runner. RM4 bagi kita kecil, tapi besar nilainya untuk orang lain. Pernah waktu saya request lalamove nak hantar barang ke poslaju, kos RM11. dan saya lihat location runner tu from cheras. Dia call saya, “Kak, maaf saya dari Cheras, lambat sikit. kak boleh tunggu? Kak jangan cancel ye job ni. Minta maaf sgt kak saya datang secepat mungkin“.

Mungkin duit minyak RM5, tapi dia dapat RM11. Struggle nya dia. Kita bagilah bantuan setakat yang kita mampu.

Sumber: Asmizan Majid

4 Replies to “Tak Mampu Jadi Seperti Ustaz Ebit Lew, Bantulah Setakat Mampu.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge