menteri kewangan

Cara Mohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) pada tahun 2021 seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Belanjawan 2021.

BPR dijangka akan memanfaatkan 8.1 juta orang, melebihi RM5 bilion dengan 4.3 juta penerima di bawah BSH. Beberapa penambahbaikan yang dilakukan oleh kerajaan hari ini dengan mengambil kira cabaran ekonomi semasa yang dihadapi akibat penularan pandemik Covid-19.

Pendaftaran baru Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka sebelum hujung Januari 2021.

Bayaran BPR akan dibuat dua kali dengan yang pertama sebelum Hari Raya 2021.

Ini bagi membolehkan mereka yang layak tetapi belum mendaftar untuk memohon BPR.

Kadar Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021

Isi rumah < RM2,500

RM 1,800  (2 orang anak atau lebih)

RM 1,200 (1 orang anak)

Isi rumah RM 2,501 – RM 4,000

RM 1,200  (2 orang anak atau lebih)

RM 800 (1 orang anak)

Isi rumah RM 4,001 – RM 5,000

RM 750  (2 orang anak atau lebih)

RM 500 (1 orang anak)

Bujang 21 ke atas < RM2,500

RM 350

Permohonan Baru Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021

Memandangkan kategori penerima diperluaskan, bagi mereka yang sudah ada dalam pangkalan data (penerima sedia ada) akan diteruskan. Bagi mereka yang layak tetapi belum berdaftar, pihak Kementerian Kewangan bercadang membuka untuk pendaftaran permohonan baharu pada awal tahun depan atau dijangka sebelum hujung Januari

Cara Daftar Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021

Kerajaan akan melancarkan web portal BPR. Pendaftaran BPR boleh dilakukan menerusi portal tersebut.

Kami akan mengemaskini cara pendaftaran BPR 2021 setelah pelancaran portal BPR.

Maklumat dan Pertanyaan Lebih Lanjut Tentang BPR

Layari portal Kementerian Kewangan Malaysia 

Kementerian Kewangan Malaysia,No. 5 Persiaran Perdana, Presint 2,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62592 WP PUTRAJAYA

03-8000 8000/ 03-88823893 / 03-88823894

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge