cara cepat hamil

7 Tips Nak Cepat Hamil Yang Boleh Diamalkan Oleh Pasangan Muda

Menimang cahaya mata atau zuriat sendiri selepas melangsungkan perkahwinan merupakan impian setiap pasangan. Zuriat ini akan menguatkan lagi kasih sayang suami dan isteri. Namun, tidak semua pasangan berjaya mendapat zuriat di awal perkahwinan.

Ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun-tahun lamanya sebelum disahkan mengandung. Ada pula yang mengandung seawal usia perkahwinan sebulan a.k.a bunting pelamin.

Seperti ajal,maut, jodoh pertemuan dan perpisahan adalah rahsia Allah SWT. Hanya Dia yang Maha Mengetahui setiap perjalanan hidup seorang hamba-Nya.

Sebagai hamba, kita hanya perlu berusaha tanpa berputus asa, kemudian terserah kepada-Nya. Banyak faktor yang menjadi penghalang atau kesukaran untuk hamil , terutama pasangan muda.

Faktor-faktor ini melibatkan sama ada isteri atau suami atau kedua-duanya sekali.

7 Tips Nak Cepat Hamil Yang Boleh Diamalkan

Jika anda merupakan pasangan yang sedang berusaha untuk hamil, anda dan pasangan bolehlah mencuba 7 tips cepat hamil seperti di bawah ini:

1# Waktu Terbaik Untuk ‘Bersama’

Ketahui waktu subur isteri atau ketika proses ovulasi berlaku. Ini adalah waktu terbaik untuk anda melakukan hubungan intim dengan pasangan.

Apa itu ovulasi? Ovulasi adalah pematangan dan pelepasan secara berkala folikel yang matang serta pengeluaran ovum daripada korteks ovari. Setiap wanita perlu tahu bila waktu subur mereka. Macam mana nak tahu waktu subur tu?

Pregnancy tester

Ovulasi boleh ditentukan dengan menggunakan alat menguji kesuburan yang ada dijual di farmasi. Ovulasi terjadi lebih kurang 14 hari sebelum haid seterusnya. Untuk itu, wanita perlu mengingati tarikh bermulanya haid dan kitaran haid. Sesetengah wanita mengalami kitaran haid selama 28 hari manakala ada juga yang 30 atau 32 hari.

Baca juga: Hukum bersetubuh di siang hari

Peluang kehamilan boleh ditingkatkan dengan melakukan hubungan intim sebelum waktu ovulasi. Kenapa kena pada waktu ini? Kerana telur yang matang hanya dapat hidup selama 24 jam, manakala sperma pula sangat aktif hidup sehingga 48 atau 72 jam di dalam tubuh wanita.

2# Kualiti Bersama Lebih Baik Daripada Kuantiti

Ada pasangan berpendapat, lebih kerap mereka melakukan hubungan intim, lebih tinggi peluang mereka untuk dikurniakan zuriat. Tidak ada bukti saintifik terhadap pendapat ini.

Kekerapan mengadakan hubungan seksual bergantung kepada setiap pasangan. Ada wanita yang hamil dengan sekali hubungan seksual sahaja tetapi ada juga yang memerlukan masa yang lebih lama.

Kajian menunjukkan hubungan seksual yang terlalu kerap akan mengurangkan kualiti sperma yang dihasilkan. Sperma yang lemah tidak bakal memungkinkan kehamilan berlaku.

hubungan intim suami isteri

Jadi, berapa kali hubungan intim yang boleh dilakukan dalam seminggu? Sebenarnya, 3 atau 4 kali seminggu sudah mencukupi. Untuk tujuan mendapatkan zuriat awal, paling penting anda mengetahui waktu subur yang terbaik untuk hamil.

3# Waku Orgasma Yang Disukai Sperma

Tahukah anda, daripada 39 juta sperma, hanya 30% daripadanya sahaja yang akan berjaya memasuki ovum yang matang. Jadi, jika ingin hamil cepat, pasangan suami isteri perlu bijak mengawal orgasma masing-masing.

Kenapa mengawal ejakulasi atau waktu klimaks ini penting?

Ini fakta yang perlu suami dan isteri tahu. Keadaan vagina pada waktu normal adalah berasid. Ketika seseorang wanita itu mencapai orgasma, vagina wanita akan berada dalam keadaan beralkali. Sperma lebih suka keadaan sebegini.

Dalam keadaan lelaki berejakulasi dan wanita mencapai orgasma, peluang untuk sperma sampai ke ovum dengan selamat akan lebih tinggi. Sekaligus meningkatkan peratusan peluang anda untuk hamil!

sperma yang aktif
Sperma subur

4# Perkara Penting Selepas Hubungan Intim

Sperma sudah berenang bebas di dalam serviks sebaik sahaja dipancutkan ke dalam.

Ada yang tidak pasti sperma itu mampu sampai ke lokasi sepatutnya. Ada juga yang memberi cadangan mengalas pinggul atau ditinggikan sedikit pinggul beberapa ketika supaya sperma dapat berenang ke serviks.

Tiada bukti yang menunjukkan bahawa berada di dalam posisi sebegini selepas melakukan hubungan intim akan meningkatkan peratusan untuk hamil. Namun, tidak salah mencuba. Isteri boleh saja baring seketika. Jangan terus bangun selepas bersama atau terus membersihkan diri.

Semasa membersihkan diri, jangan guna pembersih vagina kerana sifatnya yang toksik kepada sperma berupaya membunuh sperma suami. Cuci bahagian sulit sekadar menggunakan air pair atau air suam.

5# Gaya Hidup Yang Sihat

Jika anda seorang perokok, gaya hidup sebegini bukan saja boleh memudaratkan kesihatan & kecergasan, malah boleh menyebabkan kualiti sperma si suami berkurangan. Bagi wanita pula, dengan merokok anda boleh menyebabkan saluran tiub fallopio tersumbat. Alkohol pula sangat cepat beri kesan negatif seperti keguguran. Baik lelaki atau wanita, keduanya dilarang merokok demi perkembangan janin. Kajian saintifik menunjukkan apabila seseorang tu merokok ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan dan mengambil masa yang lama untuk hamil.

Ya, bersukan bagus untuk kesihatan. Tapi tahukah anda dengan bersukan secara berlebihan, ia boleh menyebabkan ketidaksuburan. Bagi lelaki, pastikan anda menjaga kawasan sulit anda daripada tercedera ketika bersukan.

Pemilihan pakaian seharian juga penting terutama pakaian dalam. Seluar dalam atau seluar yang ketat akan menyebabkan penekanan kepada testis yang memungkinkan proses pembentukan sperma terganggu. Suami juga perlu menghindari dari mandi air panas terlalu kerap.

Lakukan senaman secara berkala agar badan sentiasa cergas dan sihat serta dapat menghasilkan sperma dan ovum yang berkualiti.

6# Jangan Stress

Hubungan seksual yang berjaya adalah hubungan seksual yang berlaku antara dua hala.

Cuba bertenang ketika bersama pasangan.

Ketepikan sementara masalah yang membelenggu fikiran sepanjang hari di pejabat. Fokuskan fikiran anda terhadap hubungan seksual.

Hubungan kelamin yang disertai dengan tekanan tidak akan membantu dalam usaha untk hamil malah akan menyulitkan lagi keadaan.

Kepada pasangan yang sudah berusaha bertahun-tahun lamanya tetapi masih belum mendapat zuriat, lakukan hubungan seksual dengan tenang dan terbuka tanpa desakan untuk mendapatkan zuriat.

jangan stress

Keinginan yang tinggi untuk mendapatkan zuriat sedikit sebanyak boleh menyebabkan tekanan dan mengganggu hubungan.

7# Sentiasa Berdoa Dan Tidak Berputus Asa

Walau apa pun ikhtiar kita, Tuhan yang berkuasa untuk menentukan setiap kejadian. Oleh itu, berdoalah selalu.

Berikut adalah doa memohon zuriat Nabi Zakaria:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (Al-Furqan: 74).

رَبِّ لاَتَذَرْنِىْ فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُالْوَارِثِيْنَ

Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi (Al-Anbiya : 89)

Sedangkan Nabi Allah yang mulia diberi ujian dengan susahnya mendapat zuriat. Maka, haruslah kita sentiasa bersabar dan tidak putus asa terhadap rahmat Allah.

Segalanya tidak mustahil, buktinya isteri Nabi yang dikatakan mandul dan dan lanjut usianya masih boleh mendapat zuriat dengan izin Allah.

One Reply to “7 Tips Nak Cepat Hamil Yang Boleh Diamalkan Oleh Pasangan Muda”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge