daftar mysejahtera

Cara Daftar MySejahtera. Semua Premis Di Malaysia Wajib Guna Aplikasi Ini.

Penggunaan aplikasi MySejahtera akan diwajibkan di semua premis yang beoperasi di Malaysia.

Kerajaan akan mewartakan penggunaan aplikasi ini dalam peraturan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sebagai usaha menyelaras data-data yang diperlukan dalam usaha mencegah penularan Covid-19 di negara ini.

Buat masa sekarang, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdepan masalah mengesan kontak rapat kes jangkitan Covid-19 berikutan ada sesetengah pemilik premis tidak menggunakan aplikasi MySejahtera. Ada pemilik premis hanya menyediakan buku rekod untuk setiap pelanggan menulis butiran diri dan suhu badan mereka.

Aplikasi MySejahtera

Mungkin ada yang tidak mengetahui apa sebenarnya aplikasi MySejahtera. Aplikasi ini dibangunkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu mengawal penularan pandemik Covd-19 di Malaysia dengan membolehkan pengguna membuat penilaian kesihatan kendiri.

Pada masa yang sama, aplikasi ini memberi akses kepada pihak KKM untuk mengambil tindakan cepat dan berkesan sekiranya terjadi kes jangkitan.

Cara Daftar MySejahtera

#1 Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang aplikasi MySejahtera di https://mysejahtera.malaysia.gov.my/ .

#2 Muat turun aplikasi MySejahtera di smartphone anda.

#3 Daftar MySejahtera menggunakan no telefon atau email anda.

#4 Anda akan menerima OTP sejurus mendaftar.

#5 Anda juga akan menerima email pengesahan. Klik pautan pengesahan.

#6 Kemaskini butiran diri anda seperti nama penuh, no kad pengenalan, no telefon, jantina, bangsa, alamat terkini dan lain-lain.

#7 Tetapkan KATA LALUAN (PASSWORD)

#8 Tekan butang SAHKAN.

#9 Pendaftaran MySejahtera anda telah pun selesai.

#10 Anda akan menerima mesej daripada pihak MySejahtera. Baca dan tekan TUTUP. Anda sudah boleh LOGIN kembali ke aplikasi MySejahtera.

Cara Login MySejahtera

Pastikan anda sudah memuatturun aplikasi MySejahtera di smartphone anda.

#1 Buka aplikasi MySejahtera. Masukkan ID Pengguna anda.

#2 Klik Log Masuk. Selesai.

Cara Daftar MySejahtera CHECK-IN Untuk Pemilik Premis

Bagi pendaftaran MySejahtera CHECK-IN, anda boleh mengikut 5 langkah seperti yang dikongsikan di gambar di atas.

Langkah 1: Daftar premis anda di https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/

Langkah 2: Masukkan no telefon bimbit anda dan tekan DAFTAR.

Langkah 3: Masukkan OTP atau pautan yang diterima di email.

Langkah 4: Isikan butiran pendaftaran premis dan tekan butang HANTAR.

Langkah 5: Anda akan menerima kod QR MySejahtera premis anda untuk dimuatturun dan cetak.

Kod QR yang dicetak perlu ditampal di pintu masuk premis untuk diimbas oleh setiap pengunjung yang berkunjung ke premis anda.

Semoga kita semua dijauhi daripada jangkitan Covid-19 ini. #kitajagakita

21 Replies to “Cara Daftar MySejahtera. Semua Premis Di Malaysia Wajib Guna Aplikasi Ini.”

  1. Kita pon dah instaall kat phone. Senang nanti nak masuk kedai mana mana scan jer QR code. Ok gak buat camni tapi ada jugak tak ok nya. Ada juga orang tua yang tak pakai smart phone. Jadi kalau takde smart phone takle masuk kedai ke camne kira ni ..

  2. Baguslah diwajibkan sebab ada lagi yang degil taknak install. Sbb ada apss scan lain. Kita pon blur bila die jawab mcmtu. Boleh detect contak rapat ke kalau pakai apss lain ea? Janji ena dah install dan guna.

Leave a Reply to Sis Lin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge