pakej prihatin

Moratorium Berakhir. Apa Perlu Dilakukan Selepas 30 September 2020?

Bermula bulan Mac tempoh hari, Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengeluarkan arahan kepada semua bank di Malaysia untuk berikan penangguhan bayaran pinjaman/pembiayaan (moratorium) selama 6 bulan bermula April sehingga September 2020.

Tidak lama lagi akan masuk Oktober dan berakhirnya Moratorium yang banyak membantu rakyat ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

Apa Patut Dilakukan Selepas 30 September 2020?

Tepuk dada tanya selera. Jika anda rasa anda tidak mempunyai masalah atau kesukaran untuk meneruskan bayaran balik pinjaman /pembiayaan, anda boleh kembali membuat bayaran seperti biasa.

Namun, jika anda tidak mampu untuk meneruskan pembayaran, bolehlah berhubung secara terus dengan bank-bank berkaitan.

Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan pelanjutan tempoh moratorium sehingga akhir tahun. Tetapi, ianya hanya melibatkan mereka yang terkesan dengan ekonomi semasa seperti individu di bawah ini:

  • Individu yang hilang kerja dan masih mencari: Tempoh moratorium dipanjangkan untuk 3 bulan untuk golongan ni. Selepas habis tempoh, moratorium masih boleh extend cuma dalam case-to-case basis. 
  • Individu yang gajinya dipotong disebabkan COVID-19: Akan adjust bayaran ansuran bulanan untuk kumpulan ni dengan kadar pengurangan gaji, tapi depends on jenis pinjaman. Sekurang-kurangnya akan dilanjutkan untuk 6 bulan. Extension selepas tuh akan ikut keadaan gaji semasa.

Pelanjutan moratorium ini boleh dipohon bermula 7 Ogos 2020

Pihak bank juga bermurah hati dengan menawarkan beberapa tawaran menarik untuk individu yang memerlukan:

  • Bayar faedah saja dalam suatu jangka masa yang ditetapkan
  • Panjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi kurangkan pembayaran balik bulanan
  • Beri pelepasan lain sehingga peminjam dah stabil.

Alhamdulillah, banyak pihak yang sudi membantu.

2 Langkah Penting Selepas Moratorium Berakhir.

Jadi, ada dua langkah yang menjadi pilihan kita semua.

  1. Meneruskan pembayaran balik pinjaman.
  2. Berjumpa dengan pihak bank bagi membincangkan penstrukturan atau penjadualan semula pinjaman anda.

Peminjam yang menjangka menghadapi masalah membayar balik pinjaman selepas tempoh moratorium tamat pada September ini, dinasihatkan berjumpa bank yang berkaitan.

Tindakan awal ini penting untuk mengelakkan masalah kewangan lebih besar apabila pembayaran balik hutang tertangguh, sekali gus menjadikan tekanan kewangan bertambah teruk.

Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) juga menawarkan bantuan khidmat nasihat untuk menstruktur semula pinjaman dan mengikut kemampuan anda membayar balik pinjaman.

Jangan Lantik Pihak Ketiga Urus Penstrukturan Semula Pinjaman!

Peminjam juga dinasihatkan supaya tidak melantik atau menggunakan pihak ketiga bagi membantu menguruskan penstrukturan atau penjadualan semula pinjaman.

Adalah lebih selamat untuk anda berurusan secara terus dengan pihak bank membabitkan akaun dan kewangan masing-masing, sekali gus mengelak daripada terjebak dalam skim penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

2 Replies to “Moratorium Berakhir. Apa Perlu Dilakukan Selepas 30 September 2020?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge