kematian mengejut kerbau

Lebih 25 Ekor Kerbau Syukor Khamis Mati Mengejut. Ini Mungkin Menjadi Puncanya.

Adik Syukor Khamis yang turut dikenali sebagai Mowgli Malaysia terkejut dan sedih apabila mendapati lebih 25 ekor kerbau kesayangannya mati mengejut.

Adik Syukor yang pernah menjadi tular apabila salah satu daripada gambarnya bersama kerbau kesayangan, yang ditangkap oleh jurugambar profesional, Nazri Sulaiman dengan kapsyen Sharing Emotions atau Berkongsi Emosi telah dinobatkan antara pemenang bagi Anugerah Istimewa dari Siena International Photo Awards bagi kategori Wajah dan Karektor Menarik.

Kematian mengejut ini dikaitkan dengan hawar berdarah namun ianya masih belum dapat disahkan. Sampel darah sudah diambil tetapi keputusannya hanya akan diketahui selepas 2 minggu.

Menurut bapa kepada adik Syukor, Khamis Jusoh, 64, kematian berturut-turut kerbau peliharaannya itu memberi kejutan besar kerana itu pertama kali dialami sepanjang puluhan tahun mengusahakan ternakan tersebut.

Akibat kejadian itu, mereka kerugian hampir RM200,000 dan jumlahnya mungkin menjadi lebih besar sekiranya berlaku lebih banyak kematian.

Mungkin ada yang pertama kali mendengar serangan hawar berdarah ini.

Apa Itu Hawar Berdarah?

Hawar Berdarah biasanya menyerang haiwan ternakan yang boleh menjadi punca kepada kematian mengejut. Penyakit tersebut menyebabkan septisemia akut pada lembu dan kerbau, namun lebih mudah menjangkiti kerbau.

Manusia juga berisiko untuk dijangkit dan boleh mendatangkan maut jika terkena wabak hawar ini.

Memetik laporan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), penyakit Hawar Berdarah (Haemorrhagic Septicaemia) atau HS merupakan penyakit akut pasteurellosis yang disebabkan oleh bakteria Pasteurella multocida Carter’s Type B.

Muhammad Syukur Khamis sebak memerhati kerbau ternakannya yang mati mengejut semalam. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

Bagaimana jangkitan penyakit HS boleh terjadi?

Penyakit HS disebabkan oleh salah satu daripada dua serotip Pasteurella multocida, iaitu serotip B:2 dan E:2.Wabak penyakit di Malaysia adalah disebabkan oleh serotip B:2.

Simptom penyakit

Tanda-tanda yang ketara adalah:a) Haiwan mengalami kemurunganb) Bengkak di kepala, leher dan dadac) Mulut dan hidung yang berbuihd) Kongesi pada lapisan mucus membranee) Konjuntivitisf) Sukar bernafas.

Penyakit HS kerap menyerang pada musim hujan

Wabak penyakit tersebut boleh berlaku pada bila-bila masa, tetapi kekerapan penyakit meningkat pada musim hujan.Kebanyakan jangkitan HS adalah akut atau perakut, yang menyebabkan kematian dalam jangka masa 8 – 24 jam selepas dijangkiti.Menurut laporan DVS juga, jarang ada haiwan yang sembuh daripada penyakit HS.

Langkah pencegahan

Bagi mencegah dan mengawal penyakit tersebut, laporan DVS menyebut Protokol Veterinar Malaysia (PVM) HS telah menggariskan strategi berikut:

  • Pelaporan
  • Rawatan
  • Vaksinasi
  • Kawalan Pemindahan
  • Survelan
  • Pelupusan
  • Pengurusan Fail Kes
  • Dayajejak
  • Langkah Biosekuriti
  • Khidmat nasihat
  • Kempen kesedaran awam
  • Rekod

Kami di Lima Minit mendoakan semoga adik Syukor dan keluarga dapat bersabar dengan ujian yang ALLAH berikan ini. Setiap ujian pasti ada hikmahnya. Insya Allah ada rezeki yang lebih besar ALLAH nak beri pada adik Syukor sekeluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge