akhsay

Minum Air Kencing Lembu Untuk Kekal Sihat dan Cegah Covid-19?

Baru-baru ini, viral tentang pendedahan Akshay yang sangat mengejutkan apabila mendedahkan meminum air kencing lembu setiap hari.

Akshay Kumar sememangnya cukup terkenal dalam industri Bollywood dan masih digilai ramai wanita walaupun sudah banyak hero baru.

Akhsay sudah mencecah 53 tahun, namun pelakon itu masih kelihatan muda dan lincah berlakon.

Akshay tampil mendedahkan perkara itu ketika tampil dalam rancangan pengembara British, Bear Grylls apabila mereka minum teh dibuat daripada najis gajah. Ujarnya, dia tiada masalah untuk mencubanya kerana sudah terbiasa meminum air kecing lembu.

Kebanyakan penganut Hindu percaya bahawa lembu adalah haiwan suci dan minum air kencingnya dengan mendakwa ia bermanfaat untuk kesihatan.

Untuk pengetajuan anda, kerajaan India memperuntukkan jutaan dolar bagi penyelidikan produk berasaskan bahan buangan haiwan ternakan untuk merawat penyakit seperti kencing manis dan kanser.

Meskipun tiada bukti saintifik bagi menyokong perkara itu, tetapi beberapa ahli politik daripada parti Modi mengesyorkan penggunaan najis dan air kencing lembu untuk melawan koronavirus.

Sekumpulan penganut Hindu menganjurkan acara minum air kencing lembu kerana percaya mampu menghalang coronavirus (COVID-19), selain mempercayai lembu ialah binatang suci serta air kencingnya mempunyai kelebihan dalam perubatan.

Mengikut segelintir masyarakat India yang percaya amalan minum air kencing lembu itu mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan termasuk melawan virus Covid-19.

Pakar kesihatan berulang kali menegaskan bahawa air kencing lembu tidak mampu merawat penyakit barah, apatah lagi tiada bukti mampu mencegah COVID-19.

Air kencing lembu tetap najis yang tidak boleh dijadikan minuman harian. Anda disarankan untuk minum lebih baik air putih untuk kekal cergas, bukannya air kencing seekor lembu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge