cara naikkan Hb

Hemoglobin Rendah Ketika Hamil. Ini Cara Mudah Naikkannya!

Menurut Wikipedia,  Hemoglobin (a.k.a Hb) adalah protein yang ditemukan dalam sel darah merah yang bertanggung jawab untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh.

Dalam keadaan normal 100 ml darah mengandungi 15 gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen.

Jumlah hemoglobin normal bagi lelaki ialah 13.5-18.0 gram/dL dan bagi wanita ialah 12-16 gram/dL. Manakala bagi wanita hamil, jumlah hemoglobin adalah berbeza iaitu 10-15 gram/dL.

Biasanya jumlah hemoglobin sebelum hamil dan semasa hamil akan berubah. Namun begitu, jika jumlah hemoglobin adalah kurang daripada 10, ibu akan berisiko menghidapi anemia.

Cara Mudah Menaikkan Bacaan Hb

1# Elak Makan atau Minum Yang Boleh Halang Zat Besi Diserap Oleh Tubuh

Ini adalah perkara paling penting untuk diamalkan sebelum berusaha meningkatkan bacaan Hb dalam badan. Jangan makan atau minum sumber yang boleh menghalang penyerapan zat besi oleh tubuh.

Contohnya, jangan minum teh atau kopi selepas sajian utama. Minuman ringan berkarbonat juga perlu dielakkan sama sekali.

2# Makan Makanan Yang Kaya Zat Besi

Cara yang paling penting untuk naikkan bacaan Hb ialah makan makanan yang kaya zat besi. Apa makanan yang kaya dengan zat besi?

  • sayuran seperti bayam, lobak, kangkung, brokoli
  • buah-buahan seperti kismis, kacang tanah, almond, kurna, hazelnut
  • Biji-bijian, sereal, dan roti: Kuman gandum, gandum, gandum, gandum, gandum, gandum
  • Telur, ayam, hati, daging lembu dan makanan laut seperti tiram, sardin, kerang, tuna, dan udang, adalah pilihan yang baik.

Bayam merupakan sayuran hijau dengan kandungan zat besi yang tinggi. Tidak hanya zat besi, bayam juga kaya akan asid folat yang sangat bagus untuk ibu hamil.Bagi ibu mengandung yang mengalami Hb rendah atau anemia saat hamil, sebaiknya makanlah bayam setiap hari hingga kadar Hb kembali normal.

3# Makan Makanan Yang Kaya Vitamin C

Seterusnya, anda perlu mengamalakn pengambilan makanan kaya Vitamin C. Vitamina C dapat membantu menyerap zat besi daripada makanan yang dimakan dan menghasilkan lebih banyak hemoglobin dalam tubuh anda

Contoh makanan yang mengandung vitamin C, iaitu paprika hijau, stroberi, kiwi, tomato, dan kentang.

4# Kerap Bersenam

Salah satu cara paling mudah untuk meningkatkan kadar hemoglobin ibu-ibu mengandung adalah dengan melakukan aktiviti senaman dengan kerap.

Aktiviti senaman dapat meregangkan otot badan dan tubuh akan menghasilkan hemoglobin dengan lebih banyak untuk memenuhi keperluan oksigen di dalam badan.

Lakukan aktiviti senaman yang ringan mengikut daya kekuatan tubuh anda semasa mengandung. Elakkan akiviti senaman berat yang boleh mendatangkan mudarat kepada kandungan.

Dalam 100 gram udang bisa mengandung 3 mg zat besi yang bagus untuk meningkatkan Hb

Pelbagai Petua Naikkan Hb Rendah Yang Boleh Anda Amalkan Jika Sesuai:

1. “Pengalaman sy mkn jmbu batu bnyk2..boleh katakan stp hr sy mkn jmbu batu..hb sblm tu 8 dlm masa 2 mggu lepas hr2 mkn jmbu batu dh jd 11.7..alhamdulillah..ubat pulak sy ambil obimin je..puan boleh cuba..inshaAllah boleh naikkn hb semula..”

2. “Makan buah naga kale merah… hb sy selalu 9 lebih je.. bile mkn terus naik ke 12 n last check up 14.4… mmg terkejut…”

3. “Makan kurma kismis, jgn tinggal.. sy mnagdung kali nie hb Alhamdulillah xpenah cecah 10 kalu yg lepas hb awal2 je 11 pastu 10 penah cecah 9.. skrg dah 28week.”

4. “makan kurma byk2 setiap hari.makan delima plg kurg 3kali seminggu..mmg terbaekkk”

5. “Minum jus kurma+kismis, sy beli jenama toyibba…alhamdulillah,naik hb dr 10.5 ke 11.9”

6. “Saya banyak kan makan lauk pauk . ..jambu batu . ..buah buahan . ..tak boleh telan vitamin pun . .alhamdulillah ..28 minggu hb masih 11.5”

7. “ cuba amalkan mkn jambu batu, insyallah…saya dr bacaan hb10, 2 minggu lps tue dtg klinik check balik, naik hb12. nurse jgk yg suggest mkn jambu batu “

8. “Doc suruh saya mkn ibaret. Dia lg elok dr obimin rasanya.”

9. “sy makan bayam, bilis goreng, hati ayam, hati lembu,, minum susu.. tu je.. naik cpat..”

10. “sy preggy anak 1st dlu HB x menentu gak..mula 12, 11..tetibe drop 10 lebih..mcm2 gak sy mkn tp still naik turun..skrg preggy dh msuk 18weeks.mula2 check 11.8..nurse tukar suruh ambk obimin sbb nk bg menten HB..mbe2 suggest amalkn kurma, kismis, delima,hati, kerang….hrp2 check up seterusnya naik”

Ini antara cara atau usaha yang anda boleh lakukan untuk menaikkan Hb dalam tubuh anda. Namun, keputusan bergantung kepada kesesuaian tubuh anda. Selamat berusaha!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge