pakaian basikal wanita seksi

Trend Berbasikal Atas Jalan Raya. Selamat Atau Patut Diharamkan?

Aktiviti berbasikal di jalan raya merupakan antara akviti sihat yang makin diminati ramai. Sambutan bukan terbatas pada golongan muda sahaja. Malah, ada juga warga tua mahupun yang baru meningkat usia mula menyertai ‘trend’ terbaru dengan berkonvoi di hujung minggu.

‘Rider’ ini biasanya berbasikal di atas jalan raya. Hal ini mendapat perhatian banyak pihak termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang memandang serius risiko yang dihadapi oleh pengayuh dan pengguna jalan raya lain.

Buat masa sekarang, tiada undang-undang diperuntukan kepada aktiviti berbasikal di jalan raya. Namun, pihak JPJ sedang mengkaji isu berkenaan bersama pihak berkuasa tempatan lain seperti Polis Diraja Malaysia bagi mendapatkan solusi terbaik bagi menjaga keselamatan semua pengguna jalan raya.

Dalam peruntukan undang-undang, basikat tidak sepatutnya berada di atas jalan raya yang dikenakan cukai jalan.

JPJ akan bekerjasama dengan agensi lain untuk menyelaras peruntukan undang-undang khususnya basikal di bawah Akta Pengangkutan Jalan.

Selebriti Hawarizwana aktif berbasikal pada masa terluang.

6 Tips Berbasikal di Jalan Raya

Jika anda merupakan penunggang basikal yang menunggang di jalan raya, berikut adalah beberapa tips untuk membuat aktiviti anda menjadi selesa dan selamat:

1# Wajib mematuhi peraturan lalu lintas. 

Walaupun bukan kenderaan bermotor dan telah disediakan beberapa laluan basikal di beberapa bandar, hal tersebut bukan bererti penunggang basikal tidak wajib mematuhi peraturan lalu lintas. Ketika berbasikal di jalan raya, patuhi peraturan lalu lintas supaya aktiviti berbasikal anda menjadi lebih selamat.

2# Jangan menggunakan earphone atau headset. 

Ramai orang beranggapan bahawa dengan menggunakan peralatan berbasikal seperti baju basikal custom, jersi basikal yang memang direka khas untuk berbasikal, earphone atau headset, mereka akan kelihatan bergaya. Ternyata penggunaan earphone atau headset boleh mengganggu keselamatan pelumba secara individu. Alunan muzik tersebut boleh mengganggu pendengaran, fokus dan konsentrasi pelumbaketika mengayuh basikal.

3# Elakkan memotong dari jalan bahagian kiri. 

Untuk menjaga keselesaan dan keselamatan ketika berbasikal, pastikan anda tidak memotong kenderaan bermotor atau tidak bermotor melalui bahagian kiri dari tepi jalan. Selain boleh membahayakan diri anda kerana boleh terjadinya kemalangan, anda juga boleh mendatangkan kecederaan kepada orang lain.

4# Pastikan kedua-dua tangan sedia untuk membrek. 

Selain jersi basikal, kedai-kedai yang menjual jersi basikal juga menyediakan sarung tangan dengan pelapik. Jangan lupa untuk memastikan tangan anda siap sedia pada brek supaya apabila perlu membrek secara langsung, anda dapat melakukannya.

Pakaian berbasikal Siti Nurhaliza sedap mata memandang.

5# Gunakan pakaian khusus yang selesa. 

Pakaian khusus untuk sukan berbasikal dapat ditemui dengan mudah di kedai yang menjual baju basikal beserta dengan alatan-alatan lain. Pilihlah baju atau jersi yang selesa digunakan, menyerap peluh dengan cepat dan bergaya. Selain itu, pilih baju basikal dengan warna yang terang supaya tidak menyerap haba kerana jalan raya pasti mempunyai tahap haba yang sangat tinggi.

6# Nyalakan lampu basikal jika keadaan gelap. 

Apabila anda melintasi jalan yang gelap atau berbasikal pada malam hari, jangan lupa untuk menyalakan lampu basikal supaya dapat menerangi jalan yang sedang dilalui dan keadaan sekitar supaya tidak terjadi hal-hal yang tidak diingini.

Untuk keselamatan semua pengguna jalanraya, jangan mengayuh basikal pada arah yang berlawanan supaya tidak berlaku kemalangan. Demikian adalah tips berbasikal yang selamat di jalan raya.

One Reply to “Trend Berbasikal Atas Jalan Raya. Selamat Atau Patut Diharamkan?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge