makan di restoran itali

Boleh Makan Minum Di Dalam Kedai Milik Bukan Islam?

Soalan: Kalau seorang Islam yang tinggal di negara barat adakah boleh makan minum di dalam kedai milik bukan Islam?

Jawapan: Menuntut akan makanan dan minuman yang halal adalah wajIb atas seklian orang Islam samada mereka tinggal di dalam negara orang Islam atau di negara bukan Islam.

Jika orang Islam tinggal di negara bukan Islam maka wajib atasnya makan di kedai orang Islam akan tetapi jika tiada di situ kedai orang Islam maka harus atasnya makan di kedai bukan Islam pada ketika itu.

Tetapi disyaratkan hendaklah makanan yang dimakan itu adalah halal dan pinggan mangkuk serta periuk belanga untuk memasaknya adalah suci.

Jika makanannya halal tetapi periuk belanga buat memasaknya najis maka jadilah makanan itu juga najis dan haram dimakan.

Begitu juga jika makanannya haram dan pinggan mangkuknya suci maka tetap haram dimakan akan dia.

Telah diriwayatkan dari Abu Tsa’labah Al-Khusyani r.a. dia berkata :

يَا رَسُولَ الْلَّهِ، إِنَّا بِأَرْضِ قَوْمٍ أَهْلِ كِتَابٍ، أَفَنَأْكُلُ فِي آنِيَتِهِمْ؟ فَقَالَ: لَا تَأْكُلُوا فِيهَا، إِلَّا أَنْ لَا تَجِدُوا غَيْرَهَا، فَاغْسِلُوهَا، وَكُلُوا فِيهَا

Artinya : “Wahai Rasulullah! Sungguhnya ketika kami berada di negara ahli kitab apakah harus kami makan di dalam bekas-bekas mereka? Maka jawab Rasulullah : Jangan kamu makan padanya melainkan bahawa kamu tidak dapati akan bekas-bekas yang lain maka bersihkannya terlebih dulu kemudian kamu makan di dalamnya.” (Hadith riwayat Syeikhain)

Hadith ini menjadi dalil bahawa bekas mengisi makanan samada ketika dimasak seperti periuk dan kuali atau ketika dimakan seperti pinggan dan mangkuk dan cawan dan sudu apabila digunakan sebelumnya oleh orang bukan Islam untuk memasak dan memakan makanan yang najis seperti daging yang tidak disembelih dan arak dan seumpamanya adalah mutanajis tidak boleh digunakan oleh orang Islam melainkan setelah dibersihkan segala bekas yang tersebut terlebih dahulu.

KESIMPULAN

Jika berada di negara bukan Islam orang Islam hendaklah makan di kedai milik orang Islam kerana menjaga hukum halal haram ketika makan minum itu adalah wajib.

Jika tiada kedai orang Islam dan tidak boleh memasak makanan sendiri dirumahnya maka dimaafkan dia makan di kedai bukan Islam dengan syarat hendaklah memastikan segala bahan makanan dan sekelian pinggan dan mangkuk dan kuali dan periuk dan cawan dan gelas dan sudunya adalah bersih tiada terkena najis. Ini adalah jika kebiasaannya orang kafir makan dan minum makanan yang najis dan yang haram.

Positano Restaurant, Restoran Itali Halal

Ada pun jika kedai orang kafir itu tidak ada memasak makanan yang haram dan najis maka tidak wajib membasuh pinggan mangkuk sebelum makan tetapi sunat sahaja hukum membasuhnya terlebih dahulu.

Pendapat setengah orang yang mengatakan apabila berada di negara orang kafir maka dimaafkan makan dan minum apa yang mereka makan dengan alasan darurat maka perkataan ini adalah batil dan tergelincir dari ajaran syariat Islam kerana tidak dinamakan darurat selagi boleh makan dengan cara memasak sendiri atau makan makanan yang halal seperti sayuran dan buah dan telur dan seumpamanya.

Part i – Tersebut dalam Kitab ‘Aunul Ma’bud :
وَالأَصْل فِي هَذَا : أَنَّهُ إِذَا كَانَ مَعْلُومًا مِنْ حَالِ الْمُشْرِكِينَ أَنَّهُمْ يَطْبُخُونَ فِي قُدُورهمْ الْخِنْزِير وَيَشْرَبُونَ فِي آنِيَتهمْ الْخَمْر فَإِننَّهُ لا يَجُوز اِسْتِعْمَالهَا إِلا بَعْد الْغَسْل وَالتَّنْظِيف

Artinya : “Bermula hukum yang asal pada masalah ini bahawasanya apabila adalah diketahui dari hal orang-orang kafir sungguhnya mereka memasak pada segala periuk mereka akan babi dan meminum di dalam segala cawan mereka akan arak maka sungguhnya tidak harus menggunakannya melainkan setelah membasuhnya dan membersihkannya.”

Akan tetapi jika segala bekas di kedai orang kafir itu tidak memasak bahan makanan yang haram dan najis maka tidaklah wajib membersihkannya terlebih dahlu tetapi yang afdhal ialah membersihkannya.

Berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar :
وَأَمَّا الْفُقَهَاءُ فَمُرَادُهُمْ مُطْلَقُ آنِيَّةِ الْكُفَّارِ الَّتِي لَيْسَتْ مُسْتَعْمَلَةً فِي النَّجَاسَةِ فَإِنَّهُ يَجُوزُ اسْتِعْمَالُهَا وَلَوْ لَمْ تُغْسَلْ عِنْدَهُمْ وَإِنْ كَانَ الْأَوْلَى الْغَسْلَ لِلْخُرُوجِ مِنَ الْخِلَافِ

Artinya : “Dan ada pun sekelian fuqahak menghendaki maksud bekas-bekas orang kafir yang tidak ada digunakan pada perkara najis maka bahawasanya haruslah menggunakannya sekali pun tidak dibasuh di sisi mereka dan sekalipun pun yang lebih utama ialah membasuhnya kerana keluar dari perselisihan ulamak.” (Kitab Fathul Baari Syarah Sahih Al-Bukhari)

Kredit: IG @uaioriginal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge