berjaya-kuruskan-badan

11 Cara Kuruskan Badan Dengan Cepat dan Selamat.

Ada ke cara kuruskan badan dengan cepat dan selamat ?

Ini persoalan yang sering bermain di minda seorang yang berbadan besar dan sedang berusaha untuk kuruskan badan dengan cepat . Jika anda sedang mencari info tentang cara kuruskan badan , sebenarnya ada banyak cara untuk kurus. Sama ada kurus dengan cara selamat atau tidak, itu bergantung kepada cara yang diamalkan.

Kalau anda perasan, banyak produk kurus yang dijual di dalam pasaran. Ada yang diformulakan menggunakan bahan semula jadi, ada yang dicampur dengan bahan kimia lain yang kita tidak tahu kesan sampingannya nanti.

Anda mungkin berani untuk mencuba tanpa memikirkan kesan sampinga akibat produk kurus ini. Anda juga mungkin memikirkan alternatif lain untuk kurus . Tidak mustahil untuk anda berjaya kuruskan badan tanpa mengambil produk kurus. Anda hanya perlukan sedikit masa dan keinginan yang kuat. Jom kami kongsikan tips kuruskan badan secara semulajadi di bawah ini:

1# Tetapkan Minda Untuk Kurus

Kesungguhan untuk kurus memainkan peranan penting selepas aku buat keputusan untuk kurus. Usaha untuk kurus bukan kerja sehari dua. Bukan mula cara untuk kurus hari ini, esok atau lusa terus dapat berat badan yang dihajati.

tips untuk kuruskan badan
Hasil selepas berjaya kurus. Syok kan!

Jangan juga anda selalu beranggapan “hari ni cheat day..esok dietlah..”. Kalau hari hari cheat day, anda tidak akan kurus sampai bila-bila. First of all, anda perlu setkan minda untuk jadi kurus.

2# Cari Ilmu atau Info Tentang Kalori

Mungkin anda tidak pernah tahu, kalori lebih mudah atau banyak terbakar semasa anda sedang tidur? Senang nak kurus tetapi susah nak kekalkan. Senang saja, yang penting anda tahu berapa kalori yang perlu anda ambil setiap hari. Jika anda hanya perlukan 1500 kcal sehari, jangalah pula anda makan untuk 2500 kcal pada hari tersebut.

perlukah tahu kalori yang diambil
Baca kalori setiap kali ambil makanan

Sebaliknya, jika anda ambil kalori kurang daripada sepatutnya, anda menjadi lebih lapar. Cuba ambil dalam range yang betul 1100 – 1400 kcal. Anda boleh Google info lanjut tentang pengambilan kalori.

3# Makan Dalam Kuantiti Kecil, Tapi Kerap Kali

Makan kerap kali

Pernah dengar nasihat pakar nutrisi, makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi banyak kali. Jangan makan apabila perut dah terlalu lapar. Simpanlah sedikit biskut kering rendah lemak di dalam beg. Pastikan juga ia mengandungi fiber yang tinggi.

4# Jangan Makan Pada Waktu Malam

Waktu yang sangat ideal untuk makan malam adalah sebelum jam 7.30 malam. Badan kita memerlukan sekurang-kurang 4 jam untuk hadam makanan. Terus selepas makan akan menyebabkan lemak lebih mudah terkumpul.

Anda yang nak kurus tidap patut makan nasi kandar pada waktu malam.

Bayangkan anda makan nasi kandar pada jam 10 malam, jam 2 pagi pun belum tentu makanan itu terhadam dengan elok. Tambahan pula, aktiviti fizikal anda pada waktu malam pasti akan berkurangan.

5# Kecilkan Kuantiti Pengambilan Gula

Mereka yang menghidap kencing manis atau diabetis, pengambilan gula dengan kerap sangat tidak digalakkan. Bukan untuk mereka sahaja, penting juga untuk semua peringkat umur.

Nak kuruskan badan, kurangkan pengambilan gula

Elakkan minuman bergas yang bergula tinggi seperti Coke, Pepsi. Lebih baik minum air masak. Jika anda terus mengambilkan pengambilan air bergula tinggi, nescara harapan anda untuk kuruskan badan tidak akan berjaya. Buang dan lupakan tabiat ini.

6# Makan Makanan Rendah Lemak

Setiap kali anda lepak di Restoran mamak dan minum 2 gelas teh tarik bersama roti canai banir, tahukah anda berapa jumlah kalori dan lemak telah anda telan? Jika anda seorang yang teliti, anda pasti menelan air liur setiap kali menghirup teh tarik dan mengunyah roti canai.

Gabungan roti canai dan teh tarik memang pilihan ramai

Anda nak kuruskan badan , anda seharusnya pelajari ilmu tentang pengambilan kalori dan jumlah lemak. Selepas anda tahu tentang ini semua, pasti anda akan lebih berjaga-jaga. Bercakap tentang pengambilan nasi, anda biasanya makan kuantiti penuh atau nasi separuh?

7# Lebihkan Makan Buah

Anda yang nak kuruskan badan sangat bertuah dilahirkan di Malaysia. Negara kita kaya dengan buah-buahan yang berkhasiat. Dibandingkan dengan negara luar, buah-buahan ini sangat mahal di negara mereka.

Buah-buahan tropika kaya dengan nutrien

Buah-buahan tropikal sangat efektif untuk diamalkan oleh mereka yang nak kuruskan badan. Orang kita selalu agung-agungkan strawberri atau epal hijau, sebenarnya pisang juga banyak khasiat. Selain nutrien yang tinggi, buah-buahan ini membekalkan vitamin dan anti-oksidan untuk badan kita kekal lebih sihat.

8# Minum Air Masak ( Tanpa Gula) Lebih Banyak

Kami kagum betul dengan mereka yang membimbit botol air besar ke pejabat atau kedai makan. Tidak semua boleh amalkan perkara ini. Ada yang malu atau takut diejek. Kalau ada sifat sebegini, sampai bila-bila tidak akan kurus.

Amalkan 8 gelas air masak / putih untuk kuruskan badan.

Untuk info, badan manusia memerlukan banyak air. Air ialah elemen penting untuk nyahtoksin dan membuang lemak-lemak secara semualajadi. Anda perlu minum lapan gelas air sehari untuk kekal cergas sekali gus dapat menguruskan badan.

Toksin dibuang melalui air kencing. Untuk pastikan proses ini berjalan lancar, minum sahaja air masak. Sesiapa boleh amalkannya. Mudah dan murah sahaja cara kuruskan badan dengan minum air bukan?

9# Bersenam Lebih Kerap

Ini juga satu cara untu kuruskan badan dengan cepat dan selamat. Bersenam tidak semestinya anda perlu pergi ke gym yang mungkin memerlukan kos keahlian.

Baca Juga: Aktiviti Berbasikal Dengan Selamat

Berjogging pun boleh turunkan berat badan. Yang penting, kena sentiasa lakukan aktiviti fizikal. Pada bila-bila masa. Kalau biasanya anda naik lif ke pejabat, apa kata sekali-sekala guna tangga pula. Lebih menyihatkan badan.

bersenam dapat kuruskan badan
Bersenam dapat sihatkan badan

Ambil masa 30-45 minit untuk bersenam. Selain itu, aktiviti bersenam dapat membantu peredaran darah yang lebih cantik, dapat buang lemak dan menaikkan stamina badan. Perhatikan perbezaan selepas dua tiga kali anda lakukan aktiviti ini, pasti rasa lebih ‘fit’. Tidak lagi tercungap-cungap bila naik tangga. Badan pun lebih ringan dan otak lebih cerdas.

Untuk lebih menyeronokkan, ajaklah keluarga atau kawan-kawan untuk berjogging bersama di taman. Hubungan lebih akrab, peluh pun keluar, badan pun lebih kurus!

10# Guna Lemon, Halia, Asam Keping & Asam Putih Sebagai Detox

Empat bahan yang senang dicari ini memang terbukti berkesan untuk turunkan berat badan. Selain senang didapati, kos untuk membeli pun sangat murah.

Bagaimana lemon + halia + asam keping + asam putih terbukti berkesan untuk anda mendapat berat yang lebih ideal.

Kuruskan badan dengan lemon

Sedia maklum, lemon bersifat asid akan berfungsi sebagai bahan untuk seimbangkan pH dalam badan. Toksin dalam badan akan dibuang keluar dan memudahkan lagi proses pemecahan lemak.

Bagaimana nak amalkan semua bahan ini? Senang sahaja. Sediakan semua bahan ini . Anda hanya perlu bersihkan, potong dan rebuskan kesemua bahan tersebut dengan 5 cawan air.

Biarkan air mendidih sehingga menjadi sukatan 2-3 cawan. Padamkan air dan biarkan air rebusan tersebut menyejuk. Amalkan minum pagi dan petang selepas makan malam.

11# Fokus Pada Okjektif Utama “Aku Nak Kurus!”

Ingat lagi cara pertama untuk kuruskan badan iaitu – set minda? Tiada gunanya hanya sekadar setkan minda tetapi tidak ambil tindakan dengan amalkan cara kuruskan badan lain. Asasnya, kena istiqamah untuk mencapai impian anda.

Aku tekad untuk kurus!

Sekali lagi perlu diingat, istiqamah atau konsisten sangat penting untuk kuruskan badan. Nak kuruskan badan mengambil masa. Jangan minggu ini sahaja anda rajin bersenam, selepas itu kembali malas dan makan tidur sahaja selama sebulan. Juga, tak guna sekadar diet dan tak ambil minuman bergula untuk minggu ini sahaja, selepas itu anda melantak tidak ingat plan asal.

Tepuk dada, tanya nafsu!

Boleh Kuruskan Badan Ke Tak Ni?

Boleh… kat atas ni kami dah kongsikan cara kuruskan badan. Tidak guna apa-apa produk kan. Semua bergantung kepada keinginan diri sendiri. Terpulang kepada kita. Kalau bukan kita yang perlu mendisiplinkan diri, siapa lagi bukan?

Nasihat kami, usah percaya atau bergantung kepada pil atau ubat cepat kurus. Janganlah cuba ambil terutama Amphetamine kerana ia sangat berbahaya kepada kesihatan anda.

Paling penting dan berkesan adalah dengan Ubah Cara Hidup atau ‘Lifestyle’ anda!

Selamat mencuba! Dah berjaya, jangan lupa kongsikan dengan kami ya!

6 Replies to “11 Cara Kuruskan Badan Dengan Cepat dan Selamat.”

  1. Terbaik !
    Semua petua di atas mudah dan hampir percuma untuk dilakukan tanpa perlu beli produk yang janjikan cepat kurus.
    Terima kasih atas perkongsian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge