pemilik Farm Fresh

Azmi Zainal Bukan Pemilik Sebenar Farm Fresh?

Dua tiga ini viral tentang ‘pembongkaran’ yang menafikan dakwaan syarikat susu terkenal Farm Fresh adalah milik Bumiputera. Individu Bumiputera yang dimaksudkan adalah Tuan Azmi Zainal . Siapa tak kenal individu yang selalu muncul di rancangan hiburan Gegar Vaganza yang mewakili Farm Fresh sebagai penaja utama.

Pembongkaran ini dikatakan hasil ‘kepandaian‘ pemilik Facebook Aliff Ahmad III mencari maklumat tentang syarikat susu tersebut. Antara info yang didedahkan adalah senarai pengarah dalam beberapa rantaian syarikat berkaitan syarikat Farm Fresh.

Hasil daripada ‘siasatan’ ini semua, satu kesimpulan dicipta iaitu Farm Fresh bukanlah syarikat milik Melayu, Bumiputera mahu pun Muslim. Tuan Azmi Zainal hanyalah pemegang saham minoriti dan tidak mempunyai kuasa penuh dalam operasi syarikat.

bapaksusu.com

Azmi Zainal Tidak Pernah Dakwa Memiliki Farm Fresh

Tuan Azmi Zainal antara ahli perniagaan yang kami kagumi. Kami pernah berkongsi cerita pengalaman susah-payah berniaga beliau untuk menaikkan nama Farm Fresh. Sepanjang kami follow muatnaik status Tuan Azmi Zainal, kami tidak pernah membaca dakwaan yang Farm Fresh itu adalah milik penuh beliau. Entah dari manalah datangnya dakwaan yang mengaitkan program Buy Muslim First (BMF) dengan beliau.

Kami juga tertarik dengan muatnaik status balas oleh Tuan Azmi terhadap muatnaik Aliff Ahmad III. Jom sama-sama baca dan fahami lebih mendalam:

Ya… pegangan saham saya mmg kecil, mana bisa orang yang dah down dlm bisnes dan meniaga di pasar mlm punya banyak wang untuk memiliki saham yg besar… pelaburan dalam industri tenusu pula ratusan juta… selepas 11 tahun nilai syarikat kami melonjak berlipat-lipat kali ganda atas usaha keras kami… Alhamdulillah nilai share yang kecil tu jadi banyak jutanya . Syukur ke hadrat Allah yang mengeluarkan aku dari kesusahan. Berpanas berhujan berniaga, di tengking Bangla ketika saya merchandise di Mydin, menitik peluh bawa lori hantar susu ke supermarket sampai basah spenda kerana lori tiada aircond. Ini semua kerana saya tak belajar betul-betul apatah lagi sebab saya tak belajar di Australia.

Kejayaan Paling Besar Farm Fresh

Dalam perjalanan perniagaan bersama Farm Fresh… bohonglah kalau saya kata bukan RM yang saya kejar, tapi bagi saya kejayaan paling besar ialah mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat malaysia… 634 peluang pekerja dapat kami berikan… ramai anak2 luar bandar d muazam mendapat munafaatnya dan bukan setakat jadi operator atau jaga lembu, tapi ramai yg kami angkat menjadi tenaga kerja professional, kami latih, kami didik mereka… Buka kilang d pendalaman ni byk kekurangannya… tiada manager atau engineer yg profesional mahu bekerja dan tinggal di pendalaman… beberapa kali kami cuba bawa mereka dan tawarkan gaji tinggi… mereka cabut kerana mereka tidak biasa hidup d luar bandar… apalah lagi pilihan yg kami ada… kami latih anak2 muazam yg berbakat untuk menggalas tugas ini… alhamdulillah mereka semakin bagus dan komited utk membangunkan syarikat serta tempat lahir mereka. Dan 80% dari mereka adalah melayu islam… bangsa saya dan bukan bangsa australia

Pada tahun 2016 lapuran AC Nielson menunjukkan pegangan jualan atau market share farm fresh dlm segmen susu segar sebanyak 39%. Pada masa itu competitor kami mula bertindak balas dan mereka berusaha bersungguh2 untuk mengejar kami, mereka labur puluhan juta… terpampang lembu mereka di tiang jejantas sepanjang federal highway, palang tol, signboard juga… dan ada juga yg bawa mascot lembu masuk buletin utama… pada waktu tu kami cuma blh melihat sahaja kerana belum mampu untuk buat macam mereka… khazanah minta kami agresif untuk serang balas… brader jawab..”kita x buat apa2 pun allah dah bantu kita… susu kita tetap habis dan sentiasa x cukup… x perlu bazir wang”…alhamdulillah atas jalan yg allah permudahkan

2016 Kami mula expand bisnes secara agresif… kami tingkatkan kan pengeluaran kami tambah lembu, tambah ladang dan besarkan kilang… ni semua perkara mudah… ada duit semua blh buat… kami buat kerana kami mahu produk ini mencapai keseluruh pelusuk malaysia… bila semua tempat dah ada barulah kita blh masuk TV bilang brader pada lembaga pengarah.

Pada 2016 juga brader cetuskan ilham program micropenuer kami yg kami panggil Home Dealer… mereka jual susu. Pada asalnya niat brader untuk suri2 rumah tambah pendapatan untuk bantu suami dlm perbelanjaan isi rumah. Tapi suri2 rumah ini sangat berbakat dan bersemangat… mereka bukan hanya jual pada jiran2 tapi mereka berjualan d carboot sale, masuk expo, jual kat kedai2 dan kini bilangan mereka mencapai lebih dari 2000 orang dan bukan suri rumah shj… ramai juga para pekerja kerajaan dan swasta yg buat part time jual susu bagi membantu ekonomi keluarga…dan jumlah jualan mereka(home dealer sahaja) pada tahun 2020 mencapai 150juta. Ramai di kalangan mereka sudah punya kedai sendiri, ada van dan lori untuk menghantar susu… kami modalkan dulu tanpa sebarang guarentor atau bank deposit, kami ambil risiko kredit untuk bantu mereka….98% dari mereka adalah bangsa saya bangsa melayu malaysia dan bukan juga bangsa melayu australia

Saya bangga blh cerita dgn anak2 saya bila kami bertemu… bagaimana ayahnya berusaha meningkatkan pendapatan golongan b40… tapi bagi saudara aliff 111 mungkin dia bangga dan bilang pada anak dia… “hari ni papa dah malukan boss susu… meh tengok kat fb… ramai orang puji papa sebab papa pandai cari maklumat… nanti papa ajar anak2 macam mana nak buat…” tapi alhamdulillah saya x ajar anak saya begitu… saya ajar anak saya untuk jadi insan berguna agar bisa berbakti pada negara… hasil jadi tunggangan cina dan tungangan home dealer😝… kedua2 anak saya menjadi doktor… alhamdulillah dan syukur pada allah yg tidak putus2 menunjukkan jalan dan membantu brader…

saya juga ucapkan terimakasih pada mereka yg terus menyokong saya dan syarikat farm fresh… hanya allah sahaja yg bisa membalas budi baik kalian

Akhir Kata

Akhirnya, Azmi Zainal sendiri telah bagi penerangan yang dia bukan pemilik saham utama. Itu fakta.

Tak kisahlah anda sebagai pembaca nak tengok dari sudut Tuan Azmi ditunggang oleh bangsa lain, atau beliau yang bekerja keras bantu naikkan syarikat bangsa lain dengan memberi peluang ekonomi kepada orang ramai – itu terserah pada penilaian anak sendiri.

Pandanglah dengan mata hati..

4 Replies to “Azmi Zainal Bukan Pemilik Sebenar Farm Fresh?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge