BPR 2021

Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa Pertama Akan Dibayar Mulai Februari 2021

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz telah mengumumkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH). Pengumuman ini dibuat dalam sesi pembentangan Belanjawan 2021.

Jika anda seorang pemohon baru BPR 2021, anda perlu membuat permohonan MyBPR. Boleh rujuk Cara Mohon & Semak BPR 2021 .

Sebaliknya, jika anda penerima sedia ada bantuah BSH 2020 atau BPN 2.0, ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan sebelum ini , anda boleh gunakannya untuk Log Masuk MyBPR.

Cara Mohon BPR 2021

Cara Mohon BPR 2021

Tarikh Bayaran BPR 2021 Fasa Pertama

Penerima lulus sedia ada BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan akan menerima bayaran Fasa Pertama BPR 2021. Syarat penerima BPR 2021 ialah isi rumah dengan pendapatan terhad RM5,000 dan pendapatan bujang terhad RM2,000.

Mereka dijangka menerima bayaran pertama BPR 2021 pada penghujung Februari 2021 secara berperingkat seperti berikut:

  • Kategori Isi Rumah : RM300
  • Individu Bujang berumur 21 – 59 tahun / OKU berumur 18 tahun – 59 tahun : RM150

Cara Bayaran BPR 2021

Bantuan BPR 2021 akan dibayar seperti berikut:

i. Berjaya kredit ke akaun bank.
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang lulus dan berjaya kredit BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan.

ii. Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya pembayaran terakhir BSH 2020 / BPN 2.0 adalah secara tunai.

Jika akaun yang didapati salah atau sudah tidak aktif, pengkreditan yang dibuat akan gagal dan akan diganti dengan kaedah pembayaran Tunai di Kaunter BSN.

Anda boleh membuat Permohonan Baharu atau Kemas Kini BPR 2021 boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021. https://bpr.hasil.gov.my 

Guna Bantuan Dengan Berhemah

Tahniah diucapkan kepada penerima yang layak menerima BPR 2021. Gunalah wang bantuan yang diterima dengan penuh berhemah. Ingatlah, jika anda rasa susah, ramai lagi yang lebih susah di luar sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge