kwsp

i-Sinar Diperluaskan Kepada 8 Juta Pencarum || Pengeluaran Akaun 1 KWSP Maksimum RM10 Ribu

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan kebenaran pengeluaran akaun 1 KWSP yang ditunggu-tunggu ramai.

Cerita menggembirakan jutaan pencarum KWSP diumumkan ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Kebenaran ini telah dibenarkan kepada pencarum yang kehilangan kerja dan pencarum yang terjejas pendapatan.

Baca: Cara Mudah Daftar i-Akaun

tengku zafrul

Program i-Sinar dibuka kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan tidak kira sama ada hilang pekerjaan atau kurang pendapatan. 8 juta ahli dijangka memanfaatkan kemudahan tersebut dengan jumlah pengeluaran maksimum meningkat kepada RM10,000 .

Ini bermakna, RM70 billion dana dari KWSP akan mengalir ke dalam pasaran kewangan tak lama lagi.

Cara Pengeluaran Akaun 1

Pencarum cuma perlu memohon di dalam talian atau hadir di mana-mana pejabat KWSP. Tunjukkan sahaja bukti mengenai kehilangan pekerjaan, notis cuti tanpa gaji, potongan gaji, elaun atau OT mahupun pengurangan pendapatan jika bekerja sendiri

Sebelum ini semasa pembentangan Belanjawan 2021, program i-Sinar hanya untuk golongan sasar yang meliputi 2 juta pencarum sahaja.

Di pengakhiran penggulungan, Tengku Zafrul ada kongsikan ayat Quran surah Al-Qasas yang mewakili pendirian Kementerian Kewangan Malaysia hari ini.

مَنۡ جَآءَ بِالۡحَسَنَةِ فَلَهٗ خَيۡرٌ مِّنۡهَا‌ ۚ وَمَنۡ جَآءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجۡزَى الَّذِيۡنَ عَمِلُوا السَّيِّاٰتِ اِلَّا مَا كَانُوۡا يَعۡمَلُوۡنَ

Barangsiapa datang dengan (membawa) kebaikan, maka dia akan mendapat (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu; dan barang siapa datang dengan (membawa) kejahatan, maka orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu hanya diberi balasan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan.-Al-Qasas Ayat 84

Pihak KWSP akan mengemaskinikan maklumat lanjut di isinar.kwsp.gov.my

Sementara itu, Menteri Kewangan turut mengumumkan beberapa berita menggembirakan rakyat. Antaranya, Lanjutan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman (Moratorium) untuk B40 & M40.

11 Replies to “i-Sinar Diperluaskan Kepada 8 Juta Pencarum || Pengeluaran Akaun 1 KWSP Maksimum RM10 Ribu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge