Perincian Syarat dan Kaedah Pengeluaran Akaun 1 KWSP i-Sinar
Semasa pembentangan Belanjawan 2021 tempoh hari, Menteri Kewangan telah mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan untuk 12 bulan dengan jumlah sehingga RM6,000 . Jumlah pengeluaran adalah sebanyak RM12,000 termasuk dengan pengeluaran i-Lestari sebelum ini.
Yang dimaksudkan dengan golongan bersasar adalah individu yang kehilangan pekerjaan dan meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas.
TERKINI: KWSP Umum Kategori Dan Kriteria Layak Mohon iSinar
Sedia maklum, pencarum hanya dibenarkan membuat pengeluaran Akaun 1 apabila umur pencarum mencecah usia 55 tahun. Manakala, bagi Akaun 2, pencarum boleh memohon pengeluaran untuk tujuan yang dibenarkan pada bila-bila masa.
Apabila mencapai umur 55 tahun, caruman yang diterima ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2 anda akan digabungkan ke dalam Akaun 55. Anda boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan daripada akaun ini pada bila-bila masa.
Baca Juga: Kelemahan i-Sinar Yang Perlu Dibaiki
Sekiranya anda memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.
Pengeluaran Akaun 1 KWSP Untuk Pelaburan
Di samping itu, semua ahli KWSP dibenarkan mengeluarkan dan melabur 30% daripada amaun yang melebihi simpanan asas yang diperlukan dalam Akaun 1 mengikut umur anda, iaitu jumlah yang layak untuk melabur dalam dana unit amanah yang diluluskan oleh KWSP.
Pengeluaran ini terbuka kepada semua pencarum yang merupakan Ahli KWSP yang layak. Anda boleh menghubungi ejen atau syarikat pelaburan seperti Public Mutual, Pelaburan Mara Berhad atau Principal Asset Management Berhad.
Semua ahli KWSP berumur 18 tahun ke atas boleh membuka akaun pelaburan. Anda dibenarkan untuk melabur 30% dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1. Amaun Simpanan Asas adalah terpakai bagi ahli yang berumur sehingga 55 tahun sahaja sebelum kawalan pelepasan dikeluarkan oleh KWSP.
Tidak semua layak melabur menggunakan Akaun 1 KWSP ini. Ada pengiraan berdasarkan jadual di bawah ini.
Belanjawan 2021: Syarat Dan Cara Membuat Pengeluaran Akaun 1 KWSP i-Sinar
Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan perincian syarat dan kaedah pengeluaran Akaun 1 dikenali sebagai i-Sinar .
i-Sinar diwujudkan hasil konsultasi mendalam bersama pihak berkepentingan agar ahli terkesan dapat mengharungi cabaran semasa, selain memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.
i-Sinar merupakan lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari yang kini dijangka mencecah amaun pengeluaran sebanyak RM30 bilion dan akan berakhir Mac 2021.
Permohonan i-Sinar boleh dibuat mulai bulan depan dan amaun yang diakses akan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon bermula Januari tahun depan.
Untuk perincian lanjut tentang i-Sinar : i-SINAR MEMBOLEHKAN 2 JUTA AHLI TERKESAN MENGAKSES AKAUN 1
2 Replies to “Perincian Syarat dan Kaedah Pengeluaran Akaun 1 KWSP i-Sinar”