perincian i-sinar

Terkini! i-Sinar Beri Akses Pendahuluan Maksimum Pertama Sehingga RM10 Ribu Kepada Yang Layak.

Seperti yang dijanjikan, perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar telah diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Setelah meneliti dan menilai keadaan semasa, KWSP telah mengambil langkah untuk memperluaskan skop dan syarat i-Sinar yang merangkumi ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.

i-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan tersedia untuk ahli yang layak.

Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat.

Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.

Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

  1. Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
  2. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

Sebagai contoh;

Makna kata:

Bayaran pertama lumpsum sehingga RM4k bagi mereka dengan baki akaun 1 sebanyak RM90,000 dan ke bawah. Baki RM5k (menjadi jumlah keseluruhan pengeluaran RM9k) dibayar secara ansuran bulanan.

Bayaran pertama lumpsum sehingga RM10k bagi mereka dengan baki akaun 1 sebanyak RM90,000 dan ke atas. Jumlah pengeluaran dibenarkan ialah 10% daripada akaun 1 (sehingga RM60k) dan dibayar secara ansuran bulanan.

Perlu Ganti Amaun Yang Telah Dikeluarkan?

Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.

Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Cara Mohon i-Sinar KWSP Online

Pencarum yang memenuhi syarat i-Sinar boleh memohon pengeluaran Akaun 1 KWSP tanpa perlu login i-Akaun seperti mana permohonan i-Lestari.

Kami jangkakan KWSP akan membuka satu portal rasmi i-Sinar di: https://isinar.kwsp.gov.my .

KWSP akan mengumumkan cara pengeluaran lebih lanjut nanti.

Alhamdlillah..TERKINI.. i-Sinar diluluskan dengan diperluaskan sehingga 8 juta pencarum dan pengeluaran maksimum sehingga 8 juta orang.

Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

4 Replies to “Terkini! i-Sinar Beri Akses Pendahuluan Maksimum Pertama Sehingga RM10 Ribu Kepada Yang Layak.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge