cara daftar i-Akaun KWSP

Cara Mudah Daftar i-Akaun KWSP

Sebulan dua ini, isu pengeluaran wang simpanan KWSP selalu disebut-sebut. Daripada kebenaran pengeluaran akaun 2 melalui i-Lestari, kini pencarum diberi kelonggaran mengeluarkan sejumlah duit dari Akaun 1 KWSP dengan syarat tertentu di bawah i-Sinar.

Namun, ada juga yang tidak tahu cara menyemak baki Akaun 1 KWSP mereka. Senang sahaja. Anda tidak perlu ke kaunter KWSP pun. Anda boleh semak baki Akaun KWSP menggunakan i-Akaun secara online.

Syarat Daftar i-Akaun

Sebelum anda mendaftar i-Akaun, pastikan:

  1. Anda adalah pencarum KWSP
  2. Mempunyai no akaun KWSP yang SAH.
  3. Mempunyai no telefon bimbit yang sah untuk menerim kod pengaktifan. Pastikan no telefon anda aktif. Password sementara akan dihantar ke nombor ini.
  4. Majikan anda mempunyai No. Akaun KWSP yang sah.

Sebelum anda boleh meneruskan daftar i-Akaun secara online, anda perlu mendapatkan ID atau Kata Laluan sementara di pejabar/kios KWSP. Pastikan ada maklumat yang diperlukan seperti No.Akaun KWSP dan no telefon bimbit yang aktif.

Cara Daftar i-Akaun Secara Online

  1. Dapatkan ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat/kios KWSP berdekatan.
  2. Layari www.kwsp.gov.my, pergi kepada ikon ‘Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun. Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari anda menerima SMS
  3. Selepas anda setuju, anda perlu  pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda. Jika ID Pengguna tidak terpilih, ID sementara akan digunakan
  4. Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
  5. Log masuk dengan maklumat akaun baru anda.

Sekarang, anda sudah boleh memantau transaksi caruman serta memohon e-Pengeluaran dengan lebih mudah.

Setiap pencarum disarankan untuk daftar i-Akaun kerana ia sangat memudahkan urusan terutama berkaitan dengan pakej bantuan yang diumumkan oleh kerajaan pada hari ini.

Selepas selesai pendaftaran i-Akaun, anda boleh menyemak penyata baki terkini akaun 1 dan akaun 2 KWSP, menyemak transaksi keluar-masuk akaun, status pelaburan KWSP dan lain-lain lagi.

Tentang KWSP

  1. KWSP antara dana persaraan tertua di dunia, ditubuhkan pada ahun 1951.
  2. Akta KWSP 1991 mewajibkan pekerja mendaftar sebagai ahli dan mencarum ke atas simpanan sendiri.
  3. Simpanan KWSP anda memastikan anda mempunyai simpanan persaraan setelah anda bersara atau tidak lagi bekerja
  4. Visi KWSP: Membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik
  5. Misi KWSP: Melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik

Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Sila share kepada sahabat-sahabat yang mungkin perlukan info ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge