Neelofa Bakal Lancar Aplikasi The Noor Dengan Logo Unik
Neelofa bakal melancarkan aplikasi miliknya sendiri, The Noor . Usahawan dan selebriti terkenal Malaysia ini dilihat mengemaskini Instagram Stories peribadinya dengan logo The Noor .
Logo aplikasi Neelofa ini menarik perhatian ramai. Logo ‘simple’ ini apabila diterbalikkan akan dieja sebagai “NOOR” dalam huruf rumi dan jawi.
Buat masa sekarang, tiada maklumat lanjut tentang aplikasi The Noor ini dan Neelofa dijangka membuat pengumuman tentang aplikasi ini tidak lama lagi.
Namun, menerusi muatnaik terkini di Instagram @thenoor.app , aplikasi ini berkemungkinan berkaitan lifestyle atau gaya hidup Muslim , sesuai dengan penampilan terkini Neelofa.
Peminat tegar Neelofa masih berteka-teki konten yang akan dimuatnaik kelak di ruangan komen Instagram rasmi The Noor. Ada yang meneka ianya sebuah applikasi ayat suci Al-Quran berserta tafsir. Ada juga mengharapkan aplikasi ini sebagai pengganti Muslim Pro atau lebih baik.
Sama-sama kita nantikan berita gembira ini daripada Neelofa kelak.
Mungkin salah satunya dalam aplikasi ini ada dimasukkan program amal Neelofa, produk dan hari lahir sama. mungkin?
Geng Borak recently posted…Dulu Gadis Litar, Kini Berniqab. Fara Kongsi Kisah Hijrah Penuh Inspirasi