Neelofa Berniqab

Neelofa Berniqab. Semoga Terus Istiqamah.

“Doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqomah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.

“Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Illahi. Insya-ALLAH, semoga kita sentiasa dilindungi ALLAH dan selalu berada dalam rahmat dan ehsan-Nya,”-Neelofa

Neelofa, satu nama gah yang dikagumi ramai. Selain perwatakan yang menarik perhatian, kebijaksaannya turut menjadi sumber inspirasi wanita-wanita di luar sana.

Hijrah kehidupan Neelofa sangat menarik.

Jika 6 tahun lepas, Neelofa melakukan penghijrahah ke arah yang lebih baik dengan mengenakan hijab, kali ini sekali lagi Neelofa mencuri perhatian peminat dengan penampilan terbaru.

Gambar terkini yang dimuatnaik oleh Neelofa memakai purdah (berniqab) di laman Instagramnya berjaya menyentuh hati ramai.

Pelakon, Pengacara Popular, Usahawanita, Neelofa kini berpurdah. Kredit: IG @neelofa

Pada awalnya, ramai tertanya-tanya dan sangsi dengan penampilan yang menutup hampir keseluruhan susuk tubuh Neelofa. Ramai juga yang menyangka niqab yang digunakan hanyalah sebagai menggantikan pelitup muka bagi mengelakkan virus Covid-19.

Rata-rata warganet suka dengan imej terbaru Neelofa.

Beberapa jam selepas memuatnaik foto dirinya dengan penampilan terbaru, Neelofa menulis luahan isi hatinya terhadap penghijrahan yang baru dilakukan.

sah Neelofa berpurdah
Muatnaik IG Story Neelofa

Dalam dua perenggan tulisan yang dimuatnaik, Neelofa mengaku dirinya kini memilih untuk berniqab.

Sebelum itu ibu Neelofa, Datin Noor Kartini turut berkongsi sebuha video yang menunjukkan penampilan terbaru anaknya itu yang menampakkan bahagian matanya sahaja.

“Masya-Allah. Ya Allah, tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dengan kurniaan-Mu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku.

“Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang kau kurniakan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku. Seluruh keluargaku dan seluruh umat manusia. Love you bidadariku Neelofa“-Ibu Neelofa

ibu Neelofa

Pastinya ramai yang terus mendoakan perubahan positif selebriti Malaysia kesayangan ramai ini. Kami di LimaMinit turut mendoakan yang baik-baik untuk Neelofa. Semoga terus istiqamah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge