Panduan Cara Mohon i-Sinar Akaun 1 KWSP
Hari ini, ramai yang menghadapi kesulitan dari segi kewangan akibat pandemik Covid-19. Syukur, kerajaan Malaysia amat memahami dan berjaya “memujuk” pihak KWSP untuk membenarkan pengeluaran duit Akaun 1 melalui program i-Sinar untuk meneruskan kelangsungan hidup.
i-Sinar merupakan kemudahan tambahan kepada program bantuan Kerajaan lain dan juga inisiatif-inisiatif lain yang diperkenalkan KWSP ketika pandemik ini, seperti pengurangan kadar berkanun syer pekerja, pengeluaran i-Lestari, dan juga Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP).
Sebelum anda memohon i-Sinar, semak kelayakan pencarum untuk pengeluaran sebahagian duit daripada Akaun 1.
Bila Boleh Mohon i-Sinar?
Permohonan i-Sinar Kategori 1 , permohonan bermula 21 Disember 2020.
Permohonan i-Sinar Kategori 2 bermula 11 Januari 2021.
Panduan Lengkap Cara Mohon i-Sinar KWSP
Berikut adalah panduan cara memohon iSinar secara online:
1# Layari https://isinar.kwsp.gov.my bermula 21 Disember 2020.
Isi No MyKad dan No Telefon Bimbit. Pastikan anda mengisi nombor yang betul. Kemudian, pilih SETERUSNYA.
2# Masukkan Nombor OTP
Nombor OTP akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit anda. Selepas anda SAHKAN OTP, anda akan dibawa ke laman seterusnya.
Jika nombor OTP tidak diterima, harap bersabar. Sila tunggu untuk penghantaran semula.
3# Dua Langkah Pertama Mohon i-Sinar
Pada laman ini, anda perlu mengisi Langkah 1: Amaun pilihan dan Langkah 2: Jadual Bayaran i-Sinar.
Anda boleh memilih amaun sehingga RM10,000.
Anda boleh menetapkan Jadual Bayaran untuk 6 bulan. Kemudian pilih butang TERUSKAN.
4# Isi Maklumat Permohonan & Maklumat Pembayaran
Selepas anda melengkapkan maklumat permohonan, anda perlu mengisi maklumat pembayaran.
Sekali lagi, anda akan diingatkan potensi amaun pengeluaran anda akan berganda dengan jumlah tertentu jika disimpan sehingga umur anda 55 tahun. Anda juga diberi peluang sekali lagi untuk menukar amaun pengeluaran i-Sinar.
Selepas itu, anda perlu mengesahakn nama bank dan no. akaun bank.
5# Pengesahan
Anda perlu menyemak kembali maklumat pemohon. Anda perlu tanda [ / ] bagi mengesahkan semua maklumat yang dikemukakan bagi permohonan ini adalah benar dan betul, juga anda telah membaca kesemua syarat dan anda bersetuju.
Kemudian pilih butang HANTAR.
6# Cetak dan Simpan
Permohonan anda sudah selesai! Anda boleh mencetak dan simpan maklumat permohonan i-Sinar ini.
- Isi borang offline – Buat masa sekarang, permohonan i-Sinar hanya secara ONLINE.
Soalan Lazim i-Sinar
1# Apakah kriteria untuk saya memohon i-Sinar?
Kriteria kelayakan terbahagi kepada 2 kategori seperti di bawah:
2# Apakah perkara penting yang perlu saya lakukan sebelum memohon i-Sinar?
- Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
- Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
- Masih aktif
- Milik anda
- Bukan akaun bersama
Nota:
- Pastikan urusan pendaftaran nombor telefon bimbit anda di kios atau cawangan KWSP dirancang sebaik mungkin.
- KWSP sentiasa mengamalkan SOP yang ketat sepanjang tempoh pandemik ini sebagai langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ahli.
3# Bila dan bagaimanakah pembayaran i-Sinar saya akan dibuat?
- Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
- Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
- Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
- Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
4# Adakah saya perlu membayar semula amaun i-Sinar yang dikeluarkan?
Anda tidak perlu membayar semula.
5# Jika saya telah memohon Pengeluaran i-Lestari, bolehkah saya memohon i-Sinar?
Boleh. Anda yang sedang menerima bayaran bulanan Pengeluaran i-Lestari juga boleh memohon i-Sinar.
Syarat Kelayakan Permohonan i-Sinar
Tidak semua pencarum layak mengeluarkan maksima RM10,000 dari akaun 1 KWSP. Siapa yang layak memohon i-Sinar adalah individu seperti di bawah:
- individu yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan kehilangan pekerjaan semasa tempoh PKP sejak Mac 2020.
- individu yang terjejas pendapatan dan berkurang pada tahun ini, dibenarkan untuk memohon.
- individu bekerja di sektor awam dan swasta layak memohon.
- individu yang tidak terjejas pun boleh mohon iSinar KWSP
- individu yang bekerja sendiri dan mempunyai caruman di KWSP turut layak memohon iSinar.
- individu yang sudah tidak aktif mencarum juga dibenarkan untuk memohon pengeluaran iSinar ini.
Pendek kata, ramai yang layak untuk memohon i-Sinar ini.
Dokumen Yang Perlu Semasa Memohon i-Sinar?
Sebelum anda memulakan proses permohonan iSinar, sediakan dokumen sokongan (supporting document) yang diperlukan:
- Bukti kehilangan pekerjaan
- Notis cuti tanpa gaji
- Potongan gaji/ elaun/ OT
- Bukti pengurangan pendapatan jika bekerja sendiri
Kami masih menunggu kenyataan terkini dari pihak KWSP sama ada dokumen sokongan seperti di atas masih perlu atau tidak memandangkan kebenaran untuk permohonan i-Sinar diperluaskan kepada semua pencarum.
Berapa Jumlah Boleh Dikeluarkan Dari Akaun 1 KWSP?
Perlu diingat, setakat ini, jumlah maksima yang dibenarkan setiap kali withdraw adalah sebanyak RM10,000.
Jika akaun 1 anda mempunyai baki sebanyak RM100,000 atau lebih, jumlah maksima yang dibenarkan hanyalah 10% atau jumlah maksima sebanyak RM60,000. jika ada mempunyai baki sebanyak RM500,000 dalam Akaun 1, anda dibenarkan untuk mengeluarkan RM50,000. Ini kerana 10% dari RM500,00 ialah RM50,000. Itu adalah yang maksimum. Tidak boleh lebih.
jika ada mempunyai baki sebanyak RM900,000 sekalipun dalam Akaun 1, anda cuma boleh keluarkan RM60,000 sahaja. Tapi, 10% dari RM900,000 kan RM90,000? Kenapa tak boleh keluarkan sebanyak itu? Seperti dimaklumkan, ini kerana RM60,000 itu adalah yang maksimum. Tidak boleh lebih.
Sebaliknya, jika baki anda kurang daripada RM100,000, bagaimana? Jika baki Akaun 1 KWSP ialah RM80,000 dan ke bawah, had maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM8,000 sahaja.
Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
Pengeluaran bulanan seterusnya ialah pada tahap maksimum RM 1,000 sebulan.
Semak Perkara Ini Sebelum Mohon iSinar
Bagi memastikan permohonan pengeluaran i-Sinar anda berjalan lancar, anda perlu:
- mendaftar i-Akaun – jika BELUM, semak cara daftar i-Akaun ini.
- kemas kini maklumat peribadi
- pastikan akaun bank aktif
Jangan Terpedaya!
KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga atau mewujudkan aplikasi untuk menguruskan pengeluaran KWSP anda!
KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran KWSP bagi pihak anda.
Buat masa ini tiada aplikasi yang telah dibangunkan untuk meminta maklumat ahli berkenaan permohonan i-Sinar.
Muat turun serta daftar aplikasi i-Akaun KWSP dan lakukan semakan serta transaksi secara dalam talian melaluinya.
Ahli disarankan untuk merujuk info yang sahih hanya dari media social dan laman web rasmi KWSP. Sekiranya anda menemui sebarang info atau aktiviti yang mencurigakan, anda boleh terus melaporkannya ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000
confirm ke boss? pengeluaran pertama 4k?
zul muhammad recently posted…Ternyata Inilah Cara Bagaimana Vaksin Dihasilkan
Bolehlah ni buat permohonan. Jutaan ahli pastinya sedang mengisi borang. Isi dengan betul.
HISYAMUDIN FADZIL recently posted…Panduan Cara Mohon RM10,000 i-Sinar KWSP Online Borang Pengeluaran Akaun 1