semakan isinar

Cara Semak Keputusan iSinar KWSP Online

i-Sinar merupakan salah satu kemudahan tambahan kepada program bantuan Kerajaan lain yang diperkenalkan KWSP ketika pandemik Covid-19 ini.

Permohonan i-Sinar Kategori 1 telah bermula 21 Disember 2020 yang lepas . Semua permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP sama ada secara digital atau fizikal telah berjalan lancar dan memberi peluang kepada mereka yang memerlukan bantuan kewangan .

Keputusan permohonan iSinar boleh diketahui mulai 4 Januari 2021 .

iSinar KWSP
Baca: Cara Mohon i-Sinar KWSP

Cara Buat Semakan Permohonan iSinar KWSP Oonline

  • Layari https://isinar.kwsp.gov.my/
  • Tekan butang SEMAK STATUS PERMOHONAN
  • Isikan nombor MyKad / MyPR
  • Isikan nombor telefon bimbit berdaftar dengan iAkaun
  • Tandakan butang reCAPTCHA (saya bukan robot)
  • Klik SEMAK STATUS

Sebab Permohonan iSinar Kategori 1 Tidak Berjaya

Sedia maklum, pihak KWSP telah mengeluarkan syarat bagi permohonan iSinar untuk Kategori 1. Jika anda gagal permohonan iSinar Kategori 1 , berkemungkinan anda tidak memenuhi syarat iSinar seperti di bawah ini:

  1. Anda melebihi umur 55 tahun
  2. Anda masih mempunyai caruman ke akaun 1 & 2 semasa permohonan iSinar dibuat
  3. Anda masih mempunyai pekerjaan tetap atau diberi cuti bergaji
  4. Anda tidak menghadapi pengurangan gaji pokok sehingga 30% dan ke atas sejak 31 Mac 2020.

Jika anda gagal permohonan iSinar di bawah Kategori 1, anda masih boleh memohon di bawah Kategori 2 mulai 11 Januari 2021 ini.

Cara Buat Rayuan iSinar KWSP Online

Rayuan permohonan iSinar KWSP akan dibuka seterusnya kepada yang mempunyai masalah seperti :

  • Kesilapan mengisi data
  • Perubahan amaun permohonan iSinar
  • Nombor Akaun bank

Tarikh rayuan iSinar KWSP Akaun 1 akan dimaklumkan kemudian.

Untuk makluman permohonan untuk iSinar masih dibuka sehingga 30 Jun 2021.

Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan pengeluaran i-Sinar, anda boleh terus hubungi talian 03 8922 4848 pada jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

One Reply to “Cara Semak Keputusan iSinar KWSP Online”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge