sinopsis Hadiah Dari Tuhan

Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 1-13 (Akhir) TV3

Pertama kali mendengar judul drama Hadiah Dari Tuhan , hati kami sudah terdetik “ada sesuatu dalam drama Melayu” ini. Jadi, kami terus mencari info sinopsis tentang drama realiti kehidupan terutama frontliner pada era pandemik Covid19.

Drama bersiri 13 episod ini arahan Fairuz Loy ini mula ditayangkan di Slot Lestary TV3 Jam 9 malam, bermula 30 Disember 2020 menggantikan drama Sang Pewaris.

Sinopsis Drama Hadiah Dari Tuhan

Drama yang disiarkan selama 42 minit setiap episod ini mengisahkan pergolakan hidup TIGA remaja dari latar belakang taraf kehidupan yang berbeza. Mereka menempuhi kehidupan suka duka ketika Malaysia dan dunia di ambang serangan wabak Covid19. Qul Fattah lahir dalam keluarga kategori B40, Ika Nabila lahir dalam keluarga kategori M40 dan Bella Roselina lahir dalam keluarga kategori T20.

Qul telah kematian ibu bapanya sejak 5 tahun yang lalu disebabkan kemalangan jalan raya, dia selaku anak sulung lelaki adalah ketua keluarga kepada seorang adik perempuan yang bernama Qas Fatin yang masih bersekolah rendah.

Mereka tinggal bersama nenek bernama Siti Ainum yang kini terlantar sakit tua serta mengalami komplikasi pelbagai penyakit. Sebelum wabak Covid19 menular, Qul bekerja sambilan di sebuah pasar raya dan menetap di rumah pangsa PPRT

Ika pula anak tunggal kepada Jannah yang bertugas sebagai ketua jururawat di sebuah hospital kerajaan, Ika mempunyai bapa, tetapi kedua ibu dan ayahnya sudah bercerai ketika dia masih kecil.

Bella pula dilihat paling bernasib baik, dilahirkan serba mewah, mempunyai ayah dan ibu yang berpendapatan besar, serta lengkap mempunyai atuk dan nenek. Bella membesar di dalam rumah banglo mewah yang serba lengkap.

Apabila wabak Covid19 menular, kehidupan Qul,Ika dan Bella berubah dan terpaksa mengharungi pelbagai ujian dan dugaan.

Pelakon Drama Hadiah Dari Tuhan

  • Syafi Tee sebagai Qul
  • Riena Diana sebagai Ika
  • Puteri Rafasya sebagai Fatin
  • Sophia AlBarakbah sebagai Bella
  • Amy Mastura sebagai Jannah
  • Fezrul Khan sebagai Dr Zabidi
  • Dynas Mokhtar sebagai Khatty
  • Ummar Dzariff sebagai Adli
  • Aryana Amani sebagai Pika

OST Drama Hadiah Dari Tuhan

Judul Lagu: Muhasabah

Penyanyi/Penulis Lirik: Alfie Zumi 

Tonton Drama Hadiah Dari Tuhan

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13

Selepas tamat Drama Hadiah Dari Tuhan, slot Samarinda akan diisi dengan drama terbaru Takdir Yang Tertulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge