
Pengeluaran iSinar KWSP Tanpa Syarat Bakal Diumum Minggu Depan ?
Mungkin ini berita baik yang ditunggu-tunggu ramai pencarum KWSP. Menurut satu sumber yang rapat dengan perbincangan tentang syarat terbaru pengeluaran iSinar, Kementerian Kewangan dijangka mengumumkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat Isnin depan.
Perbincangan dikatakan masih dijalankan bagi mencari jalan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyediakan peruntukan bagi pengeluaran tanpa syarat.- Lapor Astro Awani
Kementerian Kewangan (MoF) menyatakan veto untuk menyokong pelaksanaan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat. Jumlah sebenar pengeluaran i-Sinar tanpa syarat sedang dibincangkan dengan lebih terperinci oleh pihak KWSP.
Baca Juga: Cara Semak Permohonan i Sinar
Cara Bayaran i Sinar Tanpa Syarat
Mengikut perkiraan, KWSP dijangkakan memerlukan RM108 bilion untuk pengeluaran i-Sinar tanpa syarat berbanding hanya RM33 bilion untuk kemudah i-Sinar bersyarat.
Mesyuarat KWSP kini tertumpu kepada struktur pembayaran termasuk sekiranya ia dibayar secara bersekali. Jika dibuat bayaran sekali (lump sum), KWSP dijangka perlu menarik beberapa pelaburan di luar negara untuk menyokong proses pembayaran itu. KWSP juga perlu meneliti pelaburan yang berpotensi ditarik kembali bagi menjayakan kemudahan i-Sinar tanpa syarat.
Pengeluaran iSinar KWSP Tanpa Syarat
Berikut perincian pengeluaran:
A) Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
B) Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000.
KWSP memerlukan sedikit masa untuk mempersiapkan struktur pengeluaran baharu ini. – Tengku Zafrul
Sumber: Astro Awani
Baguslah dipermudahkan. Mungkin Laila boleh belanja nanti sushi atau Jarvis.
Geng Borak recently posted…eGUMIS : Cara Tuntut Wang Tidak Dituntut Secara Online