cara renew lesen

Cara Mudah Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos

Ada sesetengah pemandu masih keliru dengan cara mudah renew lesen di Pejabat Pos semasa PKP hari ini. Sebenarnya, tiada prosedur perbaharui lesen memandu yang berubah.

Jika sebelum ini, tarikh tamat lesen memandu akan ditetapkan mengikut tarikh yang diperbaharui sebelumnya. Terkini, kerajaan menukar penetapan tarikh tamat lesen memandu mengikut tarikh lahir setiap pemandu. Ini lebih memudahkan setiap pemandu mengingati tarikh mati lesen memandu mereka.

Sebelum tahun 2016, urusan perbaharui atau ‘renew’ lesen hanya boleh dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Bermula tahun 2016, pemandu boleh memperbaharui lesen atau ‘renew’ lesen di Pejabat Pos di seluruh Malaysia.

Baca Juga: Kenapa Gaji Pilot Mahal?

Sedia maklum, dengan kecanggihan sistem digital hari ini, anda boleh renew lesen hanya dari rumah. Walaupun urusan ini boleh dibuat secara online, rasanya lagi ramai yang lebih suka renew lesen secara manual di Pejabat Pos. Lagi pun ianya mengambil masa yang singkat dan mudah.

Tiba hari lahir, mesti ingat nak renew lesen memandu!

Cara Mudah Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos (Semasa PKP)

  1. Pergi ke Pejabat Pos berhampiran anda
  2. Scan QR MySejahtera, ambil bacaan suhu badan dan gunakan hand sanitizer sebelum masuk ke Pejabat Pos
  3. Ambil no giliran.
  4. Tunggu sehingga nombor anda dipanggil.
  5. Pergi ke kaunter yang dipanggil. Beritahu pegawai yang bertugas untuk memperbaharui lesen atau renew lesen.
  6. Beritahu juga tempoh – 1 tahun? 2 tahun? 3 tahun? 4 tahun? 5 tahun? Anda akan diberitahu harga renew lesen yang perlu dibayar.
  7. Serahkan lesen lama dan kad pengenalan.
  8. Bayar harga mengikut tempoh perbaharui lesen
  9. Tunggu sebentar untuk lesen baru anda dicetak
  10. Siap! Ambil resit bayar, kad pengenalan dan lesen baru anda!

Dokumen Diperlukan Untuk Renew Lesen

Untuk pembaharuan lesen memandu, anda hanya perlu bawa:

  • Kad pengenalan
  • Lesen memandu asal
  • Slip lesen (Nota: Untuk pembaharuan kali pertama)

Harga Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos

KelasHarga Renew Lesen Memandu
A/A1RM2.00/TAHUN
B2, B & CRM20.00/TAHUN
D & ke atasBayaran RM30.00/tahun (Warganegara)
Semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H, IBayaran RM120.00/tahun (Bukan Warganegara)
LDLBayaran RM20.00 untuk 3 bulan, RM40.00 untuk 6 bulan bagi kelas B & C. (Kelas A/A1 atau B2 tunggal RM2.00). Bayaran RM30.00 untuk 3 bulan (RM60.00 untuk 6 bulan) bagi kelas D & ke atas.
Senarai Harga Renew Lesen

RM2.00 Caj akan dikenakan untuk setiap lesen yang diperbaharui di Pejabat Pos.

Nota: lesen PDL (Probational Driving License – lesen memandu Percubaan) dan GDL (Goods Driving License – lesen kenderaan barangan) perlu diperbaharui di Pejabat JPJ.

Jika anda tidak pasti kod bagi Kelas Lesen di atas, di bawah ini kami kongsikan maksud bagi kod kelas lesen:

  • Kelas A –Kenderaan Orang Cacat (Motorsikal) BTM tidak melebihi 450kg
  • Kelas A1 – Kenderaan Orang Cacat (Motokar) BTM tidak melebihi 3500kg
  • Kelas B –Motorsikal melebihi 500 cc (Motorsikal besar)
  • Kelas B2 – Motorsikal tidak melebihi 250 cc (Motor kapcai)
  • Kelas C –Motorsikal Tiga Roda (Kenderaan Menjual Aiskrim atau Roti)
  • Kelas D –Motokar BTM (Berat Tanpa Muatan) Tidak Melebihi 3500kg
  • Kelas DA – Motokar Tanpa Pedal Klac BTM tidak melebihi 3500 kg
  • Kelas E –Motokar Berat BTM melebihi 7500kg
  • Kelas E1 –Motokar Berat BTM tidak melebihi 7500kg
  • Kelas E2 –Motokar Berat BTM tidak melebihi 5000kg
  • Kelas F –Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Beroda) BTM tidak melebihi 5000kg
  • Kelas G –Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Berantai) BTM tidak melebihi 5000kg
  • Kelas H –Traktor/Jentera Bergerak Berat (Beroda) BTM melebihi 5000kg
  • Kelas I –Traktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai) BTM melebihi 5000kg

Semoga perkongsian cara mudah renew lesen memandu di Pejabat Pos ini membantu dan memberi manfaat kepada semua.

One Reply to “Cara Mudah Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge