boy iman ditarik gelaran datuk

Apa Sebab Gelaran Datuk Bagi Farid Kamil & Boy Iman Ditarik Balik?

Menerusi satu notis pemakluman, KDYMM Sultan Pahang telah memaklumkan bahawa Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur buat pelakon Farid Kamil dan Boy Iman telah ditarik balik dan dibatalkan dengan serta merta mulai 1 Februari lepas, lapor BERNAMA.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, yang juga pendaftar darjah kebesaran negeri berkata perintah tersebut dibuat atas perintah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain Farid Kamil dan Boy Iman, turut dibatalkan ialah pengurniaan darjah kebesaran juga membawa gelaran Datuk kepada dua ahli perniagaan tempatan iaitu Wong Shee Kai @ Ricky dan Syed Mohammad Faiz Syed Azemman serta ahli perniagaan wanita warga Vietnam, Tran Thi Mai@Maimunah.

Sebab Gelaran Datuk Ditarik Balik ?

Buat masa sekarang, tiada alasan diberikan tentang penarikan balik gelaran itu. Namum, antara persamaan di antara semua individu terlibat adalah pernah didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan seperti jenayah, menipu dan rasuah.

Imbas kembali, Farid Kamil telah dihukum penjara 13 bulan kerana menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap anggota polis dengan niat menghalangnya melakukan tugas pada tahun 2018.

Farid Kamil Zahari
Kredit: Utusan Malaysia online

Boy Iman pula, telah didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret pada 6 Januari lalu kerana gagal mematuhi perintah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) berjumlah RM12,000 tiga tahun lalu. Boy Iman yang juga Pengarah Urusan DBI Properties pernah ditahan reman 6 kali bagi membantu siasatan melibatkan penjualan rumah bernilai lebih RM6.8 juta.

Wong Shee Kai merupakan pengasas sebuah syarikat juga kini disenaraikan sebagai orang dikehendaki berhubung kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Dilarang Menggunakan Gelaran Kurniaan

Bermula 1 Februari 2021, individu yang terlibat tidak dibenarkan menggunakan sebarang gelaran yang dikurniakan.

Mereka juga perlu mengembalikannya kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang

Penutup Kata

Darjah kurniaan dari Istana diberikan atas dasar jasa atau sumbangan yang telah diberikan oleh penerima. Individu berpangkat sebegini perlulah menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada rakyat marhaen yang lain. Gelaran sebegini bukanlah tiket untuk melakukan kesalahan tanpa dikenakan hukuman sewajarnya.

Pada kami, tindakan pihak Istana menarik balik gelaran yang dikurniakan adalah satu tindakan yang tepat. Ia menunjukkan institusi Raja-raja Melayu sangat serius dalam membentuk masyarakat yang berintegriti dan beretika tinggi.

2 Replies to “Apa Sebab Gelaran Datuk Bagi Farid Kamil & Boy Iman Ditarik Balik?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge