petua halau nyanyuk

Cara Mudah Halau Nyamuk Aedes. Buat Sendiri Perangkap Nyamuk!

.

Dalam pada kita sedang berdepan dengan penularan Corona Virus Covid-19, jangan dilupakan ancaman nyamuk aedes yang menjadi punca kepada demam denggi.

Nyamuk aedes ni nampak je kecil dan tidak setiap masa berterbangan, tetapi ia tetap boleh mengancam nyawa.

Untuk menghindari ancaman dari nyamuk aedes, pastikan anda tahu karakteristik tentang haiwan berbahaya dan amalkan petua yang boleh halau nyamuk aedes secara semula jadi.

Nyamuk ni boleh jadi bahaya sebab ada yang boleh menyebarkan pelbagai penyakit dan virus macam demam denggi, malaria, filariasis, dan virus Nil Barat.

Jenis nyamuk berbahaya di Malaysia

  1. Nyamuk Aedes (nyamuk denggi) adalah pembawa virus denggi. Haiwan kecil ini mampu memindahkan virus kepada manusia melalui gigitan. Ada dua jenis nyamuk Aedes: Aedes aegypti dan Aedes albopictus.
  2. Nyamuk Anopheles (nyamuk tiruk) adalah punca kepada penularan penyakit malaria. Ia disebar melalui gigitan selepas dijangkiti oleh parasit. Dalam dunia, nyamuk ini mempunyai lebih daripada 400 spesies.

Kitaran Hidup Nyamuk

Kitaran hidup nyamuk ada empat tahap, iaitu:

  1. Telur nyamuk
  2. Larva (jentik-jentik)
  3. Pupa
  4. Dewasa

Baca Juga: Ancaman penyakit Kawasaki

Berapa lama masa yang diambil untuk tiga peringkat yang pertama tu bergantung pada spesies dan juga suhu. Gambar di bawah ni menunjukkan kitar hidup nyamuk dengan lebih jelas.

Ada fakta mengatakan kitaran hidup nyamuk aedes daripada telur ke peringkat dewasa boleh menjadi lebih singkat apabila berada di dalam cuaca yang panas.

Gejala demam denggi boleh muncul 5-6 hari selepas digigit nyamuk aedes, antaranya:

  • Demam panas.
  • Sakit kepala/tulang belakang/sendi-sendi/mata.
  • Loya dan muntah-muntah.

Ada 2 jenis demam denggi iaitu demam denggi biasa (gejala di atas) dan demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.

Simptom demam denggi berdarah adalah:

  • Kulit mudah lebam.
  • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung, atau gusi.
  • Diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang membawa maut.

Sebagai salah satu cara untuk menangani masalah nyamuk denggi, apabila ada kes denggi di mana-mana kawasan, akan ada pekerja di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang datang untuk fogging nyamuk.

Ingat, demam denggi boleh meragut nyawa, jadi pastikan anda mendapat rawatan serta-merta jika dan bergejala tau!

Cara untuk halau nyamuk aedes.

1# Pasang Ubat Nyamuk Elektrik

Ubat nyamuk elektrik adalah alat halau nyamuk yang boleh dipasang di rumah dengan mudah!

Biasanya dalam alat ni ada cecair yang berfungsi untuk menghalau nyamuk. Ada juga yang mempunyai elemen untuk memanaskan cecair tu, atau cahaya UV yang lebih berkesan.

Alat ni berbentuk macam penyegar udara kecil, tetapi ada juga alat lain berfungsi sama yang berbentuk lebih cantik dan berupakan alat pembersih udara.

2# Pasang Jaring Nyamuk

Benda mudah yang anda boleh buat untuk mengelakkan masalah nyamuk dalam rumah adalah dengan memasang jaring nyamuk pada tingkap.

Langkah ini sangat efektif, terutama sekali tingkap bilik air, sebab tu antara tingkap yang selalu dibuka.

Bila ada jaring, tak adalah nyamuk boleh masuk dan mengacau kita masa tengah mandi, tidur atau makan.

3# Tanam Pokok Halau Nyamuk

Mungkin ada yang tidak tahu ada pokok yang ditanam boleh halau nyamuk, seperti:

  • Pokok serai wangi
  • Pokok catnip
  • Pokok jeremin
  • Pokok bunga tapak dara
  • Bunga kantan
  • Pokok citrosa mosquito
  • Pokok bunga lavender
  • Pokok bunga tahi ayam
  • Pokok bunga zodia
  • Pokok mintrosa lady diana
  • Pokok selasih
  • Pokok pudina
  • Pokok rosemary
  • Pokok lavender

Menggunakan tangan sahaja pun kita boleh menepuk nyamuk seekor demi seekor. Apatah lagi dengan menggunakan perangkap nyamuk ringkas. Cara buut perangkap nyamuk DIY ini pun mudah sahaja.

4# Bahan Terbuang untuk Buat DIY Perangkap Nyamuk

  • 1 Botol plastik bersaiz besar
  • 1 gram yis/ragi
  • 50 gram gula merah
  • 200 ml air
  • Pita atau kain

Cara Mudah Buat DIY Perangkap Nyamuk

  1. Anda perlu memotong bahagian tengah botol plastik dan simpan bahagian atas (lihat gambar di atas No.1 ).
  2. Campurkan 50 gram gula merah bersama air panas dan biarkan hingga sejuk. Tuangkan ke dalam potongan bawah botol apabila sejuk.
  3. Letakkan yis bersama gula merah dan biarkan. Biarkan yis itu seketika untuk menghasilkan karbon dioksida.
  4. Ambil potongan botol bahagian atas dan masukkan dalam posisi terbalik (Lihat gambar no 4).
  5. Lilit keliling botol dengan pita hitam atau kain, dan letakkan di mana-mana bahagian sudut rumah yang selalu ada nyamuk.

Sebenarnya banyak cara mudah halau nyamuk yang boleh dibuat tanpa memerlukan kos yang tinggi. Semoga cara mudah yang kami kongsikan ini sedikit-sebanyak membantu anda dan keluarga lebih selamat.

One Reply to “Cara Mudah Halau Nyamuk Aedes. Buat Sendiri Perangkap Nyamuk!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge