tuntun elaun covid19

Cara Tuntut Elaun Covid-19 RM50 Sehari

Mungkin ada bekas atau mereka yang sedang disahkan positif Covid-19 tidak mengetahui yang mereka boleh menuntut tuntutan RM50 sehari sekiranya di kuarantin di rumah.

Penerima MySalam yang layak dan dimasukkan wad disebabkan oleh Covid-19 coronavirus boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM 50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari setahun.

Ini juga tertakluk kepada sesiapa yang perlu dikuarantin di rumah dan ada surat KKM, anda juga boleh menuntut RM50 sehari sehingga 14 hari. Jumlah keseluruhan yang boleh dituntut adalah sebanyak RM700.

cara mohon mysalam

Cara Buat Tuntutan Elaun Covid-19

Log masuk ke www.mysalam.com.my menggunakan No. Kad Pengenalan
dan Kata Laluan yang diterima melalui SMS.

Tekan bahagian TUNTUTAN

Seterusnya pilih TUNTUTAN HOSPITALISASI bagi:

  1. Pesakit Covid-19
  2. Disyaki Covid-19 & ditahan di pusat kuarantin KKM
  3. Disyaki Covid-19 & diarahkan KKM kuarantin di kediaman sendiri

Seterusnya, anda perlu mengisi butiran seperti:

  1. Tarikh masuk wad/mula kuarantin
  2. Tarikh keluar wad/tamat kuarantin
  3. Nama Hospital/Premis Bukan Hospital (bagi kes kuarantin)

Jadi, apakah maklumat dan dokumen yang diperlukan bagi mengemukakan tuntutan berkaitan Covd-19?

Bagi pesakit yang disahkan positif menghidap COVID-19, mySalam memerlukan nota discaj atau dokumen yang dikeluarkan Hospital/ Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan diagnosis tersebut.

Manakala pesakit yang disyaki menghidap COVID-19 atau sedang menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia, perintah isolasi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia perlu dikemukakan bagi tuntutan manfaat penggantian pendapatan.

Selepas mengisi butiran yang diperlukan, anda perlu memuatnaik dokumen seperti berikut:

  1. Kad pengenalan (depan & belakang)
  2. Nota discaj (kemasukan wad sahaja)
  3. Surat perintah kuarantin KKM (kes kuarantin sahaja)

Dan tekan LAMPIRKAN.

Seterusnya anda perlu tekan butang HANTAR kemudian pilih “Saya Setuju” dan permohonan anda akan diproses.

Selesai!

Status tuntutan berkait Covid-19 akan dikemaskini secara automatik
setelah tuntutan disahkan oleh penilai pihak MySalam.

Semakan status tuntutan boleh dilakukan dengan klik pada butang STATUS TUNTUTAN.

Jika anda bukan penerima Bantuan Sara Hidup, bagaimana cara mendapat perlindungan mySalam.

Sekiranya anda tergolong dalam kategori B40 dan layak untuk menerima Bantuan Sara Hidup, kami mengesyorkan anda untuk mendaftar bagi menerima bayaran Bantuan Sara Hidup.

Kriteria kelayakan mySalam boleh dirujuk pada Soalan Lazim 2 di portal mySalam.

Bolehkah tuntutan dikemukakan bagi kuarantin secara sukarela (self-quarantine)?

Tidak. Sebarang tuntutan bagi self-quarantine tidak akan dibayar. Tuntutan yang dikemukakan kepada mySalam perlu disertakan bersama perintah isolasi bagi pesakit disyaki COVID-19 atau pengesahan diagnosis COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tentang MySalam

mySalam merupakan inisiatif untuk menubuhkan jaringan keselamatan sosial dalam aspek perlindungan takaful yang merangkumi golongan berpendapatan rendah secara percuma.

Skim ini dijalankan buat kali pertama dalam sejarah Malaysia untuk memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan yang diperlukan, mengurangkan beban kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat

One Reply to “Cara Tuntut Elaun Covid-19 RM50 Sehari”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge