
Cara Semak Keputusan iSinar KWSP Online
i-Sinar merupakan salah satu kemudahan tambahan kepada program bantuan Kerajaan lain yang diperkenalkan KWSP ketika pandemik Covid-19 ini.
Permohonan i-Sinar Kategori 1 telah bermula 21 Disember 2020 yang lepas . Semua permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP sama ada secara digital atau fizikal telah berjalan lancar dan memberi peluang kepada mereka yang memerlukan bantuan kewangan .
Baca Juga: Pengeluaran i Sinar Tanpa Syarat Bakal Diumum?
Keputusan permohonan iSinar boleh diketahui mulai 4 Januari 2021 .

Cara Buat Semakan Permohonan iSinar KWSP Oonline
- Layari https://isinar.kwsp.gov.my/
- Tekan butang SEMAK STATUS PERMOHONAN
- Isikan nombor MyKad / MyPR
- Isikan nombor telefon bimbit berdaftar dengan iAkaun
- Tandakan butang reCAPTCHA (saya bukan robot)
- Klik SEMAK STATUS
Sebab Permohonan iSinar Kategori 1 Tidak Berjaya

Sedia maklum, pihak KWSP telah mengeluarkan syarat bagi permohonan iSinar untuk Kategori 1. Jika anda gagal permohonan iSinar Kategori 1 , berkemungkinan anda tidak memenuhi syarat iSinar seperti di bawah ini:
- Anda melebihi umur 55 tahun
- Anda masih mempunyai caruman ke akaun 1 & 2 semasa permohonan iSinar dibuat
- Anda masih mempunyai pekerjaan tetap atau diberi cuti bergaji
- Anda tidak menghadapi pengurangan gaji pokok sehingga 30% dan ke atas sejak 31 Mac 2020.
Jika anda gagal permohonan iSinar di bawah Kategori 1, anda masih boleh memohon di bawah Kategori 2 mulai 11 Januari 2021 ini.
Cara Buat Rayuan iSinar KWSP Online
Rayuan permohonan iSinar KWSP akan dibuka seterusnya kepada yang mempunyai masalah seperti :
- Kesilapan mengisi data
- Perubahan amaun permohonan iSinar
- Nombor Akaun bank
Tarikh rayuan iSinar KWSP Akaun 1 akan dimaklumkan kemudian.

Untuk makluman permohonan untuk iSinar masih dibuka sehingga 30 Jun 2021.
Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan pengeluaran i-Sinar, anda boleh terus hubungi talian 03 8922 4848 pada jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

Ramai yang dapat jumpa Elya hari ini. Tahniah yang lulus iSinar. Gunakan sebaiknya untuk hadapi masa kini. Simpan di Unit Trust pun ok.