bisnes kecil-kecilan

Dari Gaji Riban-riban ke Zero Income.

Dari gaji riban riban ke zero income. Hutang pula keliling pinggang.
.
Kisahnya begini.
.
2014 : Bertukar karier ke full time bisnes.
.
Masa itu…
.
Anak yang sulung umur 10 tahun.
.
Anak yang ke2 umur 8 tahun.
.
Anak yang ke3 umur 6 tahun.
.
Anak yang ke4 umur 5 tahun.
.
Anak bongsu umur 3 tahun.
.
Dari zero income, kami bertatih tatih membangunkan branding kami.
.
Lama juga kami nak dapat rentak.
.
Sehinggalah kami dapat ilham bergerak dengan rumus income harian + income mingguan + income bulanan.
.
Apa tu.
.
A. Income harian.
.
Income harian ini kami jana dari bisnes menjual Roti Bakar Arang Seringgit.
.
Ini kisah yang panjang. Kami pernah dijadikan bahan lawak di dalam 1 forum mempertikaikan bagaimana lah nak hidup kalau biz seringgit.
.
Tak apalah. Dari biz seringgit itulah Majalah 3 pernah sampai Senawang dan buat liputan khas.
.
B. Income mingguan.
.
Income mingguan ini kami jana dari bisnes Anjung Karat Cafe ( cafe dari rumah : pre order concept ).
.
Biz ini walau terkadang ada juga hari biasa pelanggan booking, tapi hampir kebanyakkan order datang adalah ketika hujung minggu.
.
Maka hujung minggu, Roti Bakar Arang pun tak beroperasi, ia diganti dengan aktiviti Anjung Karat Cafe.
.
C. Income Bulanan.
.
Yang ini kategori bonus.
.
Anjung Karat Cafe adalah sempena biz kami adalah Anjung Karat ( merestorasi barang lama dan antik )
.
Maka barang barang lama yang sudah kami restorasi kami dekokan untuk nampak Anjung Karat Cafe kami ala ala deko rumah kampung.
.
Nanti adalah pelanggan yang mana berkenan dengan perabot kami, samada mereka beli mahupun mereka sendiri ada perabot lama di kampung yang belum cantik, minta kami makeupkan ( aka restorasi ).
.
Alhamdulillah, branding Anjung Karat yang kami bangunkan sejak 2008 masih bergerak ( walau tak berapa aktif ) hingga kini.
.
Apa signifikannya.
.
Anak anak kami memang kami kerah dan training untuk sama sama terlibat dalam biz.
.
Masing masing akan ada bahagian tugas masing masing.
.
Hatta kini pun, kalau balik dari asrama mereka auto didesain untuk sibuk di dapur.
.
Impaknya?
.
1. Kami tak menghadapi masalah anak tidur lepas subuh sampai terlajak tengahari baru nak bangun.
.
2. Anak jarang main gajet, sebab dah penat dikerah, terus qadha tidur.
.
3. Mereka dapat upah dan dari upah itulah yang mereka guna untuk belanja balik asrama/madrasah.
.
4. Mereka yakin atas kendiri. Sebab dek kerana terbiasa menyantuni pelbagai lapisan pelanggan.
.
5. Watak kepimpinan secara tidak langsung dilatih sepanjang mereka dari kecil bersama kami membangunkan branding.
.
Sekarang tugas agak mudah sikitlah.
.
Maklumlah berniaga pun 3 jam sehari.
.
Anak anak dah boleh fokus dengan aktiviti mereka kalau balik bercuti dari asrama.
.
Maklumlah, masing masing kena jaga hafazan.
.
Yang dah habis 30 juzuk pun kena jaga displin.
.
Nak habiskan 30 juzuk bukan main susah dan banyak cabaran, nak jaga 30 juzuk sentiasa dalam ingatan pula berpuluh ribu kali ganda banyak cabarannya.
.
Ha gitu….
.
Wak,
Bapak anak 5.
FB: Mohd Rizal Salikon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge