7 Tanda Istidraj Yang Muncul Dalam Senyap

Nikmat yang bukan rahmat, tetapi ujian yang tersembunyi. Ramai yang tidak sedar lagi-lagi tanda no 5.
Jom ambil tahu untuk selamatkan diri kita sekeluarga. Istidraj menghalang rezeki berkah.

Pernahkah kita rasa terlalu sibuk dengan urusan kehidupan, sehingga untuk luang masa belajar perbaiki diri beberapa jam sahaja pun terasa berat? Hidup penuh dengan kesibukan mengejar macam-macam hal-hal dunia (macam tidak pandai puas, tidak pandai cukup), tetapi urusan akhirat semakin jauh dari perhatian kita. Ini adalah salah satu tanda bahaya istidraj; nikmat yang melimpah tetapi menjauhkan kita daripada Allah tanpa kita sedari.

Allah berfirman: “Maka ketika mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka secara tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa” (Surah Al-An’am: 44).

Ayat ini jelas menunjukkan bagaimana istidraj berlaku. Nikmat yang diberikan membuatkan kita lalai, dan apabila tiba hukuman Allah, ia datang secara mendadak tanpa sempat untuk bertaubat. Na’udzubillah ya Allah.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat Allah memberikan nikmat dunia kepada seseorang yang gemar melakukan maksiat, ketahuilah bahawa itu adalah istidraj” (Riwayat Ahmad).

Dalam konteks ini, maksiat yang dimaksudkan bukan hanya perkara yang jelas dosa besar seperti mencuri dan sebagainya. tetapi juga kelalaian dalam memenuhi tuntutan Allah SWT. Contoh-contoh maksiat ini sering berlaku dalam kehidupan harian kita, termasuk:

1. Aurat Tidak Dijaga dengan Sempurna:

Pemakaian yang mendedahkan aurat menjadi kebiasaan, malah dianggap normal di kalangan masyarakat. Ramai yang tidak menyedari bahawa menjaga aurat adalah kewajiban yang jelas dalam Islam, seperti firman Allah: “Dan katakanlah kepada wanita yang beriman agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya serta tidak menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat” (Surah An-Nur: 31).

2. Melengah-lengahkan Solat:

Solat sering ditangguhkan sehingga hampir tamat waktunya. Bagi sesetengah orang, waktu solat hanya diambil serius apabila ada keperluan mendesak seperti peperiksaan atau acara besar. Sedangkan, solat adalah amalan pertama yang akan dihisab pada hari kiamat.

3. Mengabaikan Al-Quran:

Membaca Al-Quran hanya dilakukan pada bulan Ramadan atau ketika ada kematian. Padahal, ia adalah panduan hidup yang sepatutnya menjadi rutin harian. Firman Allah: “Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus” (Surah Al-Isra’: 9).

4. Hidup Berlebih-lebihan (Tabzir):

Ramai yang menghabiskan wang untuk kemewahan seperti perhiasan, gajet mahal, atau makanan eksklusif tanpa mengambil peduli keperluan orang lain. Allah berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan” (Surah Al-Isra’: 27).

5. Mengumpat dan Menyebar Fitnah:

Media sosial sering menjadi medan untuk menyebarkan cerita buruk, mengutuk, atau mengadu domba, sedangkan Rasulullah SAW bersabda: “Mengumpat adalah engkau menceritakan sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka” (Riwayat Muslim).

6. Kelalaian dalam Didikan Anak:

Sibuk bekerja sehingga anak-anak tidak dididik dengan nilai Islam. Mereka dibiarkan terdedah kepada pengaruh negatif dari media tanpa pengawasan. Rasulullah SAW bersabda: “Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan ditanya tentang kepemimpinannya” (Riwayat Bukhari).

7. Terlalu Sibuk dengan Dunia hingga Lupa Akhirat:

Mengejar kerjaya, harta, atau hiburan sehingga melupakan tanggungjawab akhirat seperti menuntut ilmu agama, menghadiri majlis ilmu, dan berdoa. Allah berfirman: “Mereka hanya mengetahui yang lahir (sahaja) dari kehidupan dunia; sedang mereka lalai tentang (kehidupan) akhirat” (Surah Ar-Rum: 7).

Jangan biarkan kesibukan dunia menutup peluang kita mendekatkan diri kepada Allah. Kenali tanda-tandanya sebelum terlambat; untuk diri kita, keluarga kita, dan iman kita.

Mungkin salah satu daripadanya sedang berlaku pada kita sekarang. Semoga kita sentiasa paksa diri untuk perbaiki diri.
Jom ambil ruang dan peluang untuk reset kehidupan kita sempena Karnival Soul to Soul yang akan berlangsung pada 15 Disember ini.

Rebut peluang hadiri Seminar Motivasi Al-Quran Khas untuk remaja dan ibubapa. Allah tidak akan ubah, kalau kita sendiri tiada effort untuk ubah 😊

Di zaman penuh fitnah ini, Dajal sedang menyusun strategi yang amat halus; membuat kita sibuk mengejar dunia hingga lupa akhirat.

Kita merasa cukup dengan apa yang ada, merasa selamat kerana hidup serba cukup, tetapi tanpa sedar, kita sedang dijauhkan dari rahmat Allah. Rasulullah SAW telah mengingatkan bahawa akhir zaman akan dipenuhi dengan ujian yang mengelirukan, dan salah satunya adalah ujian nikmat yang menjerat kita perlahan-lahan.

Kita asyik tengok istidraj pada orang lain. Tapi lupa istidraj yang sedang menyelinap masuk dalam diri. Kenapa? Asyik sibuk ukur salah orang lain. Tapi lupa ukur salah diri.

Inilah masanya untuk kita periksa diri. Adakah nikmat yang kita miliki ini benar-benar membawa kita dekat dengan Allah, atau sedang menjauhkan kita dari-Nya?

Jangan biarkan diri terpedaya dengan istidraj. Kenali tanda-tandanya sebelum terlambat—untuk diri kita, keluarga kita, dan iman kita. Baca sampai habis, kerana mungkin salah satu daripadanya sedang berlaku pada kita sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge