Rayuan Geran Khas Prihatin

Rayuan GKP 2.0 Tak Lulus? Ini Mungkin Menjadi Sebabnya..

Semakan Rayuan GKP 2.0 boleh dibuat bermula hari ini, 27 November ini di portal rasmi https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login

Rayuan GKP 2.0 tak lulus. Ini antara keluhan dan aduan yang didengari daripada 208,000 permohon yang gagal menerima bantuan Geran Khas Prihatin 2.0.

Lebih 512,000 permohonan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) diterima daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro, sekali gus mengatasi sasaran awal sebanyak 200,000, kata Menteri Kewangan.

Namun, hanya 304,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro layak menerima bantuan berkenaan.

Kenapa GKP 2.0 tidak lulus? Ini persoalan bermain di fikiran bila mendapat keputusan rayuan GKP 2.0 dengan TIDAK LULUS / KOD TIDAK LULUS GKP 2.0 .

Sebelum menyemak sebab permohonan rayuan GKP 2.0 anda tak lulus, semak terlebih dahulu jika perniagaan anda berada di bawah status ini:

  • Melaporkan jumlah jualan melebihi RM300,000 pada borang permohonan GKP
  • Pasangan telah membuat permohonan berasingan dan lulus GKP bagi perniagaan yang sama
  • Perniagaan didaftarkan pada tahun 2020 atau
  • Perniagaan tidak berdaftar dengan LHDNM/ PBT/ SSM sebelum atau pada 31 Disember 2019.

Baca Juga: Cara Mohon I-Sinar

KOD TIDAK LULUS GKP 2.0

LAMPIRAN KOD LHDN

01 -Pekerja melebihi 4 orang

  • Berdasarkan maklumat pada borang permohonan GKP dan tiada semakan agensi
  • Dibenarkan membuat rayuan

02 – Jualan melebihi 300,000

  • Berdasarkan maklumat pada borang permohonan GKP
  • Tidak dibenarkan membuat rayuan

03 – Tiada pendapatan – perniagaan dianggap tidak aktif

  • Berdasarkan maklumat pada borang permohonan GKP
  • Perniagaan dianggap tidak aktif
  • Dibenarkan membuat rayuan

04 – VIP / Individu berprofil tinggi

  • Berdasarkan semakan agensi (LHDN)
  • Dibenarkan membuat rayuan

05 – Jualan melebihi RM 300,000

  • Berdasarkan semakan agensi
  • Dibenarkan membuat rayuan

06 – Pasangan telah lulus

  • Duplikasi permohonan
  • 1 perniagaan, suami dan isteri masing- masing memohon.
  • Tidak dibenarkan membuat rayuan

07 – Tidak berdaftar dengan SSM / LHDNM / PBT

  • Permohonan baharu
  • Perniagaan / syarikat berdaftar dengan agensi kerajaan (contoh, MOA, LKIM etc)
  • Dibenarkan membuat rayuan

08 – Tidak berdaftar dengan SSM / LHDNM / PBT

  • Permohonan baharu
  • Perniagaan / syarikat tidak berdaftar dengan agensi kerajaan (contoh Shoppee, internet, badan prof etc)
  • Baru mendaftar perniagaan / syarikat pada tahun 2020
  • Tidak dibenarkan membuat rayuan

09 – Duplikasi – entiti perniagaan telah dipohon

  • Permohonan oleh pemohon berdasarkan permohonan layak/permohonan baru
  • 1 entiti perniagaan dituntut oleh 2 orang atau lebih
  • Tidak dibenarkan rayuan

Berdasarkan makluman daripada Menteri Kewangan, antara PUNCA GKP 2.0 TIDAK LULUS adalah seperti berikut:

Tidak berdaftar dengan SSM / LHDNM / PBT

  • Perniagaan / syarikat tidak berdaftar dengan agensi kerajaan (contoh Shoppee, internet, badan prof etc)
  • Perniagaan / syarikat berdaftar dengan agensi kerajaan (contoh, MOA, LKIM etc)
  • Baru mendaftar perniagaan / syarikat pada tahun 2020

Pekerja melebihi 4 orang

Berdasarkan maklumat pada borang permohonan GKP dan tiada semakan agensi.Pekerja ini sebenarnya tidak termasuk dengan pemilik perniagaan.

Contohnya pemohon mengisi 5 orang pekerja termasuk pemilik,maka permohonan GKP 2.0 TIDAK LULUS.

Duplikasi – entiti perniagaan telah dipohon

1 entiti perniagaan dituntut oleh 2 orang atau lebih.

Rayuan GKP 2.0

Tempoh rayuan GKP 2.0 akan dibuka dari 7 hingga 21 Disember 2020.

Ini bagi memberi peluang kepada perayu untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen sokongan untuk disemak/diverifikasi semula oleh LHDNM.

SOALAN LAZIM

Saya berdaftar dengan SMM tetapi tidak dengan LHDNM, bolehkah saya memohon?

Ya anda layak memohon GKP 2.0.

Berapakah jumlah bantuan GKP 2.0?

Sama seperti sebelum ini iaitu RM3,000 secara one-off.

Bilakah saya boleh menyemak status permohonan Geran Khas Prihatin 2.0?

Bermula 27 November 2020.

Bilakah tarikh pembayaran GKP 2.0?

Pembayaran RM3000 GERAN KHAS PRIHATIN 2.0 akan dibuat bermula 30 November 2020.

8 Replies to “Rayuan GKP 2.0 Tak Lulus? Ini Mungkin Menjadi Sebabnya..”

  1. Saya silap tulis… soalan..adakah perniagaan beroperasi 2020.. saya jwb ‘Tidak’.. saya ingatkan soalan Tanya Mula berniaga… Macam Mana ya??

    1. Puan boleh buat rayuan pada 7-21 December ni ye boleh pergi ke kaunter mane2 , LHDN dan kemaskini.. sila lampir etc doc sokongan seperti.. tarikh mula niaga dan Berdaftar dgn SSM serta alsan bertulis yg di surat akuan sumpah bgi kenyataan yang bertulis itu Tidak faham soalan dan jawapan kurang pasti.. ok semoga puan di murah kan rezki amin ini pengalaman saya ..

  2. Saya berdaftar ssm dari 2018.atas nama jengka niaga.setelah tamat setahun saya ingin mohon permit kereta sewa.saya daftar ssm atas nama saya sendiri.kenapa saya x dapat bantuan.saya hantar kedua dua document..jawapan xlulus xde dalam sistem. peliklah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge