fake investment

Apa Nak Buat Bila Kena Scam Dengan Pelaburan Haram Atau Money Game?

Seminggu dua ni, kecoh diperkatakan tentang satu program buat duit mudah yang berisiko memberi kerugian kepada pelabur atau pemainnya. Pada awalnya, yang terlibat dan meraih keuntungan cepat menafikan seperti apa yang didakwa.

Namun, selepas beberapa laporan polis dilakukan oleh mangsa yang rasa ditipu, ramai yang mulai sedar.

Fakta: Menurut laporan dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa seramai 974,301 individu kerugian RM3.8 bilion disebabkan skim-skim penipuan yang wujud. Di antara skim penipuan yang popular adalah skim emas, mata wang digital, saham dan perniagaan.

Nasi sudah menjadi bubur. Ada yang sudah “melabur” sejumlah wang namun kini, tidak pasti akan berjaya mendapat pulangan atau duit itu bakal lebur begitu sahaja.

Pada sesiapa yang kehilangan beratus-ratus ringgit mahupun beribu-ribu ringgit yang didepositkan ke akaub pelaburan atau program yang menjanjikan pulangan luar biasa dengan cara mudah, dinasihatkan supaya memanjangkan aduan kalian kepada pihak berkuasa seperti :

1. Cyber Security Malaysia (SC) : aduan@seccom.com.my

2. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) : aduan@ssm.com.my

3. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP): eAduanAdmin@kpdnhep.gov.my

4. Jabatan Perlindungan Data Peribadi (PDP) : aduan@pdp.gov.my

Dan yang paling penting :

5. Bank Negara Malaysia menerusi TELELINK BNM : bnmtelelink@bnm.gov.my atau terus menghantar aduan / maklumat terperinci berserta dokumen sokongan berkenaan skim pelaburan yang mengandungi “illegal deposit taking” ke : DirectorJabatan LINK & Pejabat BNM Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur.

Kepada sesiapa yang berhajat untuk cepat kaya dengan melabur sejumlah wang ke dalam pakej-pakej yang ditawarkan, dinasihatkan supaya hentikan niat anda (Banyak platofrm yang menawarkan pakej sebegini).

Selalu sifu-sifu pelaburan mengingatkan untuk melabur dalam mencari ilmu terlebih dahulu. Barulah tahu mana satu pelaburan yang sah dan dijamin selamat. Untung atau rugi semestinya tak dijamin, dah namanya pelaburan kan. Setidak-tidaknya anda boleh kenal pasti penipuan pelaburan dan money game.

Kepada sesiapa yang sudah balik modal, tahniah, anda selamat. Selamat di dunia tidak bermakna selamat di alam sana.

Kepada sesiapa yang sudah mendapatkan keuntungan berkali-kali ganda, dinasihatkan supaya bertanyakan status halal / haram wang tersebut kepada pihak mufti / JAKIM kerana terdapat unsur gharar sepertimana post yang dikeluarkan oleh Ustaz Zaharuddin sebelum ini kerana ia tetap dikira mengambil hak / wang orang terkemudian.

Apapun, benda ni memang salah dan tak sah di sisi undang-undang mengikut akta “Financial Services Act 2013” yang dikuatkuasakan oleh BNM.

Manakala, mereka yang terlibat dan mengalami kerugian juga boleh tampil untuk buat laporan polis yang berdekatan bersama bukti-bukti yang berkaitan bagi memboleh pihak polis menyiasat dibawah Seksyen 420KK kerana penipuan pelaburan (penjara setahun paling kurang tapi tak lebih 10tahun) atau dibawah Akta 500, Skim Jualan Langsung dan Anti Piramid 1993, 27 B).

Kepada anda di luar sana, berhemah dan berhati-hatilah mengurus kewangan. Elakkan masuk skim mengarut, buat modal skim Ponzi, melabur dalam skim comfirm untung 100% dan sebagainya. Utamakan kelangsungan hidup, ‘biar kurus janji tak mati’.

Rakyat Malaysia perlu mantapkan ilmu perancangan kewangan. Kesedaran rakyat Malaysia mengenai ilmu perancangan kewangan masih berada di tahap yang rendah.

Sebab itulah pentingnya untuk mendapatkan ilmu daripada sumber yang sahih.

6 Replies to “Apa Nak Buat Bila Kena Scam Dengan Pelaburan Haram Atau Money Game?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge