van J&T

Cara Mudah Hantar Barang Guna J&T Express

Pengalaman menghantar parcel / barang menggunakan J&T Express kali ini sedikit berbeza berbanding perkhidmatan penghantaran lain seperti Pos Laju, Nationwide dan lain-lain.

Biasanya kami menggunakan Pos Laju, tetapi kali ini, atas permintaan pelanggan, kami menggunakan J&T Express. Bagi yang dah biasa menggunakan Pos Laju, pasti dah tahu langkah-langkah yang perlu dilakukan seperti cara mengisi borang Pos Laju dan perlu menunggu di kaunter mana. Kadang-kadang masa menunggu di kaunter agak lama.

Berlainan dengan cara menghantar barang menggunakan J & T Express. Sistem yang disediakan oleh J&T lebih senang dan memudahkan. Tiada borang fizikal yang perlu diisi. Segala arahan hanya melalui Chat box.

Robot Chat Box J&T Express

Cara Hantar Barang Guna J&T Express

1# Kenal pasti lokasi pejabat J&T Express yang terdekat.

2# Login Facebook anda dan cari Facebook page “J&T Express – Malaysia

3# Pilih “Send Message“. Bagi yang pertama kali, anda perlu memilih bahasa terlebih dahulu. Kami memilih “English” untuk komunikasi selanjutnya. Kemudian anda perlu membaca terma dan syarat, seterusnya perlu menekan “Accept” sekiranya anda bersetuju.

4# Seterusnya, pilih “Make Order” untuk penghantaran parcel atau dokumen.

5# Anda perlu memasukkan no telefon untuk menerima OTP. Masukkan no OTP sebaik sahaja menerima di SMS telefon anda.

6# Anda akan ditanyakan kuantiti barang yang ingin dihantar. Sekiranya hanya satu, pilih “Single Order“. Sekiranya ada banyak, pilihlah “Multiple Order

7# Seterusnya, anda perlu memasukkan Nama pengirim, no Telefon dan Alamat Pengirim.

8# Seterusnya, anda perlu memasukkan Nama Penerima, no Telefon dan Alamat Penerima.

9# Seterusnya, anda perlu memasukkan maklumat tentang barangan yang dihantar sama ada “Parcel atau document” dan berat barang.

10# Ringkasan maklumat penghantaran akan dihantar oleh sistem. Jika betul, pilih “Confirm and Proceed“.

11# Anggaran harga akan dinyatakan sebaik sahaja anda mengesahkan maklumat penghantaran. Sediakan wang secukupnya.

12# Pilih bayaran “Pay By Me“. Anda akan menerima Order Number untuk penghantaran ini.

Oh ye, ini semua boleh dilakukan sebelum anda tiba di mana-mana pejabat J & T Express! Waima, di alam tandas di rumah pun boleh!

Seterusnya, anda hanya perlu ke J&T Express terdekat. Dan terus ke kaunter. Beritahu kakak manis di kaunter Order Number sebelum dia beritahu harga sebenar yang perlu dibayar.

Anda akan menerima salinan maklumat penghantaran bersama Tracking No. Simpan atau Whatsapp maklumat tersebut ke pelanggan anda untuk memberitahu yang anda sudah pun menghantar barangan yang dibeli.

Anda juga boleh menyemak Tracking no atau bertanya tentang servis J&T Express menggunakan cara seperti di atas ini.

Mudah dan menjimatkan masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge