kad debit hilang

Duit Dalam Akaun Bank Hilang. Ibu Muda Ini Kongsi Pengalaman RM1776 Lesap Selepas 16 Transaksi

Kes duit hilang atau dicuri tanpa transaksi sah secara terus daripada akaun bank bukanlah isu biasa. Sudah banyak kali terjadi, yang menglibatkan bank-bank konvensioal di Malaysia. Pihak pengurusan bank seringkali mendakwa tahap keselamatan mereka adalah yang terbaik. Pendeposit tidak perlu risau tentang keselamatan duit simpanan mereka.

Namun, isu duit lesap dari akaun bank tetap berlaku saban kali. Mujurlah setakat ini ‘pencuri atas talian’ ini tak tahu cara keluarkan duit dari akaun 1 KWSP lagi kan :-p

Terbaru, seorang ibu muda anak dua, Puan Alia telah dikejutkan dengan notifikasi transaksi penggunaan kad debit tanpa izin di mana beliau tidak pun melakukan sebarang pembelian atau langganan secara online pada masa itu.

Tindakan pantas beliau menghubungi pihak bank berjaya menghalang transaksi tersebut daripada terus berlaku, namun sebanyak 16 transaksi yang dilakukan ‘perompak online’ berjaya mengeluarkan sejumlah wang RM1776 dalam masa yang singkat!

Ini cerita Puan Alia yang menjadi mangsa penggunaan kad debit secara haram..

Cerita dia Jumaat yang lepas, pada pukul 4.29 petang, aku dapat SMS menyatakan Maybank card aku telah digunakan untuk membuat pembelian bernila RM111 di UniPin SG. Time tu dah cuak ingat ada kesilapan, so terus log in dan tengok memang ada duit yang dipotong, walhal aku tak pernah buat pembelian dari situ.

So aku terus nak pindahkan duit dari akaun Maybank ke akaun CIMB aku…malangnya sementara menunggu no TAC masuk..scammer/hackers ni dah berkali-kali buat transaksi dengan nilai yang sama. And menyebabkan transaksi aku nak pindahkan ke CIMB gagal sebab baki duit yang dah tally dengan jumlah aku nak pindahkan. Memang menggigil time tu. Sumpah aku rasa mcm dalam Money Heist bila part hackers duk buat reja godam akaun orang tu. 

Terus Hubungi Bank Untuk Block Akaun

Terus aku kol Maybank untuk BLOCK acc bla bla…By the time nk verified accc bla2 dalam masa 10 minutes…si celaka ni dah buat sebnyak 16 transaksi yang setiap nilai adalah RM111 dan total adalah RM1776. Persoalan aku sekarang ni, macam mana si celaka ni boleh gunakan kad aku tanpa ada MSOS code masuk ke dalam SMS aku untuk verified  transaction seperti sebelum-sebelum ni?

Ni soalan aku kepada Maybank? Sedangkan aku nak pindahkan duit di Maybank2u pun kena tunggu no TAC punya lama. Sedangkan si celaka ni boleh guna kad aku tak sampai selang seminit tanpa gunakan MSOS code yang menjadi kewajipan untuk Maybank hantar ke pengguna sebelum membuat mana-mana transaksi menggunakan debit card untuk online transaction. Tu soalan yang paling utama pihak Maybank kena jawab!

Macam Mana Transaksi Boleh Dilakukan Tanpa Pengesahan Kod Keselamatan?

Aku tak boleh brain macam mana dalam masa 10 minit 16 transaksi haram ni dibuat dengan tanpa menggunakan mana-mana kod keselamatan yang perlu dihantar kepada pengguna account/ kad debit tu.

Adakah sesenang tu, sistem keselamatan Maybank digodam?

Atau adakah seseorang dalam Maybank yang menjadi dalang menjual maklumat / data pengguna kepada  pihak ketiga…atau ada orang “dalam” sendiri yang boleh buat and overide system without giving MSOS code and then boleh buat transaksi haram macam ni? Tolong lahhhhh….

Tak Percaya Lagi.

Bila kena macam ni terus aku rasa teruk gila security system tang Maybank pakai. Baru berkira-kira nak bukak current account dekat maybank untuk company aku…Terus cancel la bila macam ni pergi dia.

So bila jadi macam ni, soalan aku…duit-duit aku akan dapat balik tak? Duit aku yang kena curi tu dilindungi PIDM tak seperti mana yang digebang-gebangkan. Aku taknak cakap banyak..aku nak duit aku ja balik..RM1776 tu bukan amount yang sikit untuk orang macam aku!!!! 

Apa Tindakan Selanjutnya?

transfer online

Banyak orang tanya aku..apa tindakan Maybank?

Maybank suruh aku isi Dispute Form untuk menyatakan transaksi tu semua bukan aku buat. So lepas tu diorang akan bukak investigation. Dalam masa 45-60 days untuk tengok macam mana.

Sekarang ni, aku dah bagitau dah celaka ni guna duit aku untuk beli apa ntah kat UniPin SG babi tu…orang kata UniPin SG ni gamers punya port! So sekarang ni aku harap Maybank dah boleh alert la kot apakes orang nak beli sampai 16x ..tak ka rasa suspicious oiiiiiii….

Sumpah bila jadi macam ni..it’s a wake up call for me lah…langsung dah rasa tak percaya and selamat lagi rasa bila duit dekat bank tu…apa jadah duit /kad aku orang lain boleh senang-senang kebas. And ko cakap security system ko canggih..beli berjuta-juta system tu…ya Sumpah kalau kes aku ni tak setel, memang aku akan tutup terus account aku dekat Maybank. 

Aku harap korang-korang yang mana ada simpan duit dekat bank tu be alert sama…bukan nak takutkan ya…aku pun tak pernah terpikiaq menda ni akan jadi kat aku. tapi jadi jugak!!!! It safe to keep some of your cash with you…in case macam aku ni…ni duit belanja harian aku…..memang aku simpan dalam bank sebab aku suka cashless…

Tapi bila jadi macam ni..ntah la rasa dah tak relevan dah nak cashless bagai sangat..last-last memang cashless habis sampai duit aku pun lesap!

Persoalan Yang Merisaukan Pelanggan Sedia Ada

Puan Alia mengharapkan agar pihak pengurusan Maybank bertanggungjawap atas perkara ini. Yang menjadi persoalan, apa alasan mereka membenarkan transaksi online dilakukan tanpa MSOS Code dihantar ke nombor telefon pelanggan untuk verifikasi? Sebanyak 16 transaksi berjaya dilakukan dalam masa 10 minit semudah itu!

Diharap pihak bertanggungjawab boleh menjawab segala persoalan yang merisaukan pelanggan-pelanggan sedia ada lain.

Puan Alia akan mengemaskini status kes ini dari semasa ke semasa di artikel perkongsian Debit Card Maybank digunakan secara haram ini.

Kami doakan segala urusan Puan Alia dipermudahkan dan dapat kembali jumlah wang yang lesap itu.

3 Replies to “Duit Dalam Akaun Bank Hilang. Ibu Muda Ini Kongsi Pengalaman RM1776 Lesap Selepas 16 Transaksi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge