kwsp i-lestari cara mohon

Kelemahan i-Sinar Yang Perlu Diperbetulkan

Pengumuman syarat dan kategori yang layak memohon i-Sinar nyata masih tidak menggembirakan pencarum KWSP.

Program i-Sinar ini masih mempunyai kekurangan yang tetap mengundang kemarahan dan kekecewaan sebilangan besar pencarum.

Pihak KWSP dan bertanggungjawab lain perlu meneliti kembali syarat yang dikatakan membebankan golongan yang benar-benar memerlukan duit KWSP untuk kelangsungan hidup.

iSinar perlu dilonggarkan syarat

Cadangan Pembetulan i-Sinar

1# Syarat Pendapatan Berkurang 30% Perlu Dihapuskan

KWSP patut letakkan kepercayaan pada Rakyat sebab Rakyat sendiri yang tahu jika mereka sedang berdepan dengan cabaran kewangan dan Rakyat juga faham mereka tidak akan sia-siakan simpanan masa tua mereka jika tiada keperluan mendesak.

Adakah ianya logik bahawa ahli dengan pendapatan RM10k sebulan yang turun 30% menjadi RM7k dianggap terjejas tetapi ahli dengan pendapatan RM2k sebulan yang turun 20% menjadi RM1,600 tidak dikira sebagai terjejas dan tidak layak?

Kerajaan juga tidak akan tahu berapa jumlah beban tunggakkan hutang atau liabiliti dihadapi ramai akibat pendapatan yang tidak menentu yang telah bertimbun setiap bulan sejak pandemik bermula 10 bulan lalu.

Sebab itu, ianya bukan tanggug jawab kerajaan untuk membuat andaian ahli mana yang sedang terdesak dengan meletakkan syarat arbitrari bahawa pendapatan ahli perlu berkurang 30% sebelum layak.

Ianya juga bukan tanggung jawab kerajaan untuk menafi Rakyat mengambil duit sendiri pada ketika mereka paling terdesak.

Sebaliknya, tanggung jawab kerajaan ialah untuk mempermudahkan bagi Rakyat dan untuk mencari jalan untuk memastikan simpanan KWSP dapat dipulihkan pada masa tersingkat setelah pandemik Covid berakhir.

kwsp i-lestari cara mohon

2# Mereka Yang Terjejas Perlukan Bantuan Kewangan Segera

Rakyat yang sedang lemas sekarang tak mampu tunggu 3 bulan lagi sebelum diberi pelampung.

Pengumuman KWSP semalam bagi kategori 2 bermaksud:

  1. Ramai yang terdesak sudah tunggu sejak bulan Oktober
  2. Tapi perlu tunggu lagi sehingga 11 Januari 2021 sebelum dibenarkan memohon dengan pelbagai bukti dokumen
  3. Kena tunggu lagi 2 hingga 3 minggu untuk dimaklumkan KWSP jika permohonan layak atau tidak
  4. Jika layak, bayaran hanya akan dibuat sebelum akhir bulan berikutnya – iaitu pada akhir bulan Februari.

Sekarang baru permulaan bulan Disember.

Adakah ianya munasabah bagi mereka yang tengah lemas untuk tunggu 3 bulan lagi sehingga akhir bulan Februari sebelum mendapat pelampung sedangkan mereka sudah berharap sejak bulan Oktober iaitu 5 bulan dahulu?

kriteria isinar

3# Risiko Penularan Covid-19 Bila Serbu Ofis KWSP

Sejak semalam, media-media melapor bahawa pejabat-pejabat KWSP sudahpun sesak akibat diserbu ahli.

Bayangkan berapa ramai lagi ahli yang akan terdedah kepada risiko dijangkit Covid jika mereka terpaksa beratur di pejabat KWSP untuk serah bukti dokumen jika i-Sinar masih bersyarat?

Jika skim i-Sinar tidak lagi perlukan sebarang bukti dokumen untuk diserahkan kepada KWSP, pasti kesesakkan di pejabat KWSP seluruh negara mampu dielakkan atau diturunkan.

Risiko tercetusnya kluster Covid KWSP dapat dielakkan.

Jika 4 juta ahli sahaja di bawah katergori ke-2 skim i-Sinar diperlukan untuk menyerah 3 helai dokumen sebagai bukti pendapatan mereka telah berkurang maka KWSP perlu memproses sebanyak 12 juta dokumen.

Apabila skim i-Sinar tidak lagi bersyarat maka semua kesusahan dan beban kepada ahli dan staff kaunter KWSP dapat dielakkan sebab kebanyakkan ahli akan memohon dalam talian melalui perkhidmatan i-Akaun tanpa hadir di pejabat KWSP.

Justeru, proses pengeluaran akan menjadi jauh lebih lancar dan ahli tidak perlu lagi tunggu sehingga 3 bulan sebelum menerima bayaran lump-sum pertama.

Menteri Kewangan Malaysia

Bayaran Pertama i-Sinar Perlu Dalam Masa Sebulan!

Jadi, pada ketika janji lanjutan moratorium pinjaman masih belum memenuhi hasrat Rakyat, rakyat berharap kerajaan akan membuat satu kali lagi penambahbaikan kepada skim i-Sinar supaya ianya TIDAK BERSYARAT dan tempoh untuk pemohon menerima bayaran pertama dapat disingkatkan dari 3 bulan ke maksimum 1 bulan.

Jadi apa kata anda?

Sumber asal: FB Bekas Perdana Menteri Malaysia

8 Replies to “Kelemahan i-Sinar Yang Perlu Diperbetulkan”

    1. Kelemahan isinar.. Kwsp

      1. Mereka yg ingin membuat perbetulan amount dn perkara lain,pihak kwsp Berdiam diri..
      2.Ramai Yg Mengadu perihal Kesalahan dn keliruan tanpa dibantu kwsp..
      3.Bila Ada Kesalahan Dari permohonan kwsp tidak bertanggung jawab dalam pembetulan ..
      Diharap pihak kwsp memperbetulan kembali,kesilapan dn memberi rakyat Peluang rakyat Yg Kurang Faham dn Dlm permohonan Dari segi amount, dn terus memberikan Kata putus 10k Yg layak dri Jumlah akaun I dn carta Utk bulan Yg lain

  1. Banyak pencarum di bawah umur 30 yang masih berkerja untuk meneruskan kewangan masing-masing.Namun masih belum cukup untuk menanggung liability tempat tinggal.kebanyakan pencarum yang bekerja di luar daerah menanggung kos sara hidup yang tinggi selepas keadaan pendemik yang memaksa.Tidak semua pencarum yang di bawah umur 30 tahun dapat menyimpan duit walaupun bekerja bertahun-tahun.Namun,syarat kwsp tidak dapat membantu pencarum yang benar-benar memerlukan.Sepertinya ada yang terdengar hendak berhenti bekerja untuk memenuhi syarat tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge