Cara Buat Semakan Saman JPJ, Polis Trafik Dan AES
Antara perkara yang paling tak digemari oleh pemandu kereta ialah kena saman.
Ada dua jenis saman kat Malaysia ni, sama ada kena saman secara terus iaitu pemandu menandatangani surat sama dan kesalahan anda direkod menggunakan kamera atau AES.
Yang kena saman guna kamera/AES, kadang-kadang pemilik kereta tak tahu pun. Sedar sedar surat saman dah sampai, lebih teruk bila ada yang dihalang untuk memperbaharui insuran dan cukai jalan akibat saman tertunggak yang tidak diketahui.
Boleh ke semak saman online? Boleh saja.
Sekarang ini semua sistem ada secara online. Semuanya di hujung jari je.
Semak Saman JPJ
Anda boleh semak saman melalui :
Laman web rasmi JPJ dan hanya masukan no IC atau no plat kenderaan.
http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis
Anda boleh check kesemua saman JPJ termasuk AES di portal rasmi JPJ. Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan nombor kenderaan sahaja. Tidak perlu daftar sebagai pengguna portal.
Caranya:
- Layari portal Semakan Saman JPJ (klik sini)
- Kemudian pilih sama ada ingin memasukkan nombor ID sahaja atau nombor ID dan nombor kenderaan
- Klik butang Semak
- Sistem akan memaparkan laporan saman sekiranya anda mempunyai saman JPJ / AES
Beza Saman JPJ dan AES:
- JPJ – Rekod notis/saman akan diwujudkan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya.
- AES – Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).
Selain laman web JPJ, boleh juga guna laman web ini tapi perlu daftar dulu:
1# Semak Saman di Portal RILEK
RILEK juga banyak menyediakan diskaun saman. Terbaru mereka menyediakan potongan diskaun sebanyak 10% untuk pembayaran saman PDRM melalui RILEK.
Anda juga boleh semak status insolvensi dan saman DBKL di RILEK. Caranya:
- Layari portal RILEK di https://www.rilek.com.my/
- Sila daftar sebagai pengguna
- Kemudian login menggunakan username & password yang telah didaftarkan
- Kemudian klik pada menu “Search By” dan pilih semak saman JPJ / Polis
- Isi maklumat yang diminta dan klik butang Semak
RILEK menyediakan pembayaran secara online melalui perbankan Internet termasuk M2U, CIMB Clicks, Public Bank dan sebagainya.
Semak Saman Di Portal Khas PDRM
PDRM turut menyediakan satu portal khas bagi memudahkan semakan saman. Melalui sistem Sistem Semakan Online (SSO) ini, anda boleh menyemak status saman dan juga peluang berkhidmat di dalam pasukan Polis Di Raja Malaysia.
Layari https://sso.rmp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.
Semak Saman Di Portal MYEG
- Layari laman web rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/
- Kemudian login menggunakan butiran yang telah didaftarkan sebelum ini (jika belum daftar sebagai pengguna sila daftar dahulu)
- Pergi ke pautan e-Services dan pilih sama ada nak semak saman PDRM / JPJ / AES
- Kemudian paparan saman akan dikeluarkan
- Jika ingin membuat pembayaran anda boleh teruskan kepada pembayaran online
Selain saman, antara servis lain yang ditawarkan MyEG termasuklah servis memperbaharui insurans kenderaan dan pembayaran zakat.
Kami lebih suka menggunakan antara tiga laman web di atas ini. Sebab di sini, boleh semak semua saman – JPJ, Polis Trafik, Majlis Perbandaran dan lain-lain. Anda cuma perlukan sambungan internet dan melakukan pendaftaran ringkas sahaja.
Semak Saman Tanpa Sambungan Internet
Jika tak ada sambungan internet, boleh je SMS untuk semak saman :
Taip JPJ<jarak>SAMAN<No kad pengenalan atau nombor kenderaan> hantar ke 15888
atau
Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kad Pengenalan. Hantar ke 15888
Semoga bermanfaat!
good info. bolehlah mama check kat link tu