amalan murah rezeki

Doa Murah Rezeki Dan Amalan Pembuka Pintu Rezeki

Hari ini ramai yang mengeluh kerana sumber pendapatan terjejas akibat penularan Covid-19. Ada dipotong gaji, ada dibuang kerja.

Tiada apa yang boleh dinasihatkan. Cuma, kami boleh beri semangat dan terus berdoa semoga situasi yang menyesakkan dada ini berakhir dengan segera.

Jangan berputus asa. Terus berusaha dan berdoa. Usaha bersungguh-sungguh, amalkan dengan amalan baik dengan bersungguh-sungguh dan teruskan berdoa dengan bersungguh.

Kalau kita rasa susah hari ini, ingatlah ramai yang mempunyai nasib lebih teruk daripada kita hari ini. Berhenti mengeluh tentang rezeki. Rezeki adalah rahsia Allah.

Walaupun kita masih tidak dimurahkan rezeki sehingga sekarang, janganlah sekali-kali berputus asa. Mungkin belum masanya dan pasti kita perlu terus berusaha mempertingkatkan lagi amalan selain berdoa, sedekah, membuat solat duha dan banyak lagi yang perlu kita ketahui untuk membuka rezeki agar terus mengalir seperti air tanpa henti melimpah ruah.

Jika diperhatikan dengan mereka yang lebih murah rezeki, adakah usaha kita sehebat usaha dan doa mereka? Mungkin juga kita terlupa mengambil kira beberapa faktor wajib yang diambil kira untuk Dia murahkan lagi rezeki kita?

Faktor luaran saja masih lagi tidak mencukupi dan kita juga memerlukan faktor dalaman agar kita dan keluarga terus dimurahkan rezeki tanpa henti.

Amalan dan Doa Murah Rezeki Mustajab

Apakah cara untuk membuka rezeki dan amalan yang baik untuk murahkan rezeki? Berikut adalah amalan murah rezeki yang mustajab kami kongsikan untuk anda dan harus diingat amalan ini adalah salah satu usaha supaya kita berjaya serta kita melakukan bersungguh-sungguh selain wajib yakin rezeki itu daripada Allah SWT.

  • Memperbanyakkan istighfar dan zikir
  • Tidak meninggalkan ibadah kepada Allah
  • Tidak melakukan dosa dan hindari daripada melakukannya
  • Berbuat baik dan sering mendoakan kebaikan ibu bapa
  • Amalkan semua doa murah rezeki
  • Memperbanyakkan sedekah kepada mereka yang memerlukan
  • Sentiasa memberi pertolongan atau menolong mereka yang lemah
  • Memudahkan urusan orang lain atau tunaikan hajat mereka
  • Berbuat baik sesama insan dan menjaga silaturahim
  • Sentiasa memuliakan tetamu yang datang bertandang
  • Menunaikan solat dhuha setiap hari tanpa henti
  • Sering bersyukur dengan setiap pemberian Allah
  • Tidak berputus asa untuk berdoa
  • Bertawakal kepada Allah SWT

7 Tips dan Doa Dipermudahkan Rezeki

1. Banyakkan Beristighfar

Kata Nabi Nuh ‘alaihis salam: Aku katakan kepada kaumku, “Beristighfarlah kamu kepada Tuhan, sesungguhnya DIA adalah pengampun. Kalau kamu istighfar DIA akan turunkan kepada kamu hujan dan DIA kan membanyakkan harta dan anak pinakmu dan DIA akan menjadikan untuk kamu kebun-kebun dan sungai-sungai.”

2. Doa Murah Rezeki

Kita boleh amalkan doa murah rezeki seperti dalam gambar di bawah iaitu doa yang telah dibacakan oleh Nabi Muhammad SAW kepada Anas bin Malik RA.

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

Allahumma aksir maalahu wa waladahu, wa wassi’ lahu fi darihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.

Maksudnya: “Ya ALLAH,perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yang telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya…” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Selawat Murah Rezeki

Maksudnya :

Ya Allah! Rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad Rasulullah dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkan kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya.”

Amalkan selawat ini dengan ikhlas berselawat ke atas Nabi SAW. Mudah-mudahan kerana berkat selawat ke atas Nabi ini kita diluaskan dan dilapangkan rezeki dengan cepat tanpa disangka-sangka.

4. Amalan Ayat Seribu Dinar

ayat 1000 dinar

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq dari ayat 2 & 3.

Barangsiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

Cara Amalkan Ayat 1000 Dinar

Anda boleh amalkan setiap kali selepas solat Subuh. Ia lebih baik jika dapat amalkan setiap kali selepas solat fardu. Baca ayat ini sebanyak 7 kali dan ulang 3 kali pada ayat “Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib.”

Ramai peniaga yang mengantungkan ayat ini di premis perniagaan dengan tujuan supaya perniagaannya maju. Cara ini salah sama sekali. Semua ayat suci Al-Quran perlu diamalkan begitu juga jika kita ingin memohon kepada Allah untuk dimurahkan rezeki.

Nak murah rezeki atau laris berniaga dan maju dalam perniagaan bukannya dengan gantungkan ayat 1000 dinar di premis perniagaan atau kedai tapi kaedahnya ialah istiqamah membacanya sebagai amalan harian berserta tingkatkan ketakwaan kepada Allah.

5. Banyakkan Bersedekah

Salah satu tips kunci rezeki adalah bersedekah. Cara ini juga sangat berkesan seperti juga tips-tips yang telah disebutkan di atas. Inilah kunci utama rahsia kekayaan ahli-ahli koprat Islam seperti Tan Sri Syed Bukhari.

Sedekah adalah satu amalan yang ajaib, kerana semakin banyak kita bersedekah semakin banyak Allah tambahkan lagi kekayaan kepada kita tetapi bersedekah itu mestilah dengan niat ikhlas kerana Allah SWT bukannya kerana sebab tertentu.

Maksudnya :

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

Janji Allah dalam Al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.

6. Berbakti Kepada Ibu Bapa

Antara amalan murah rezeki yang boleh membuatkan Allah membuka pintu rezeki untuk kita seluas-luasnya ialah berbuat baik, menjaga kebajikan, menjaga hati, tidak derhaka, sayang menyayangi dan juga mendoakan kepada ibu bapa kita.

7. Amalan Murah Rezeki Membaca Surah Al Waqiah

Diriwayatkan Sa’ad bin Abi Waqas, seorang Nabi SAW yang dilimpahkan dengan kekayaan tetapi hampir keseluruhan hartanya diinfaqkan ke jalan Allah.

Suatu hari ada sahabat yang bertanya kepada Sa’ad bin Waqas : “Kamu tak bimbang ke nanti kamu mati anak-anak kamu jatuh miskin?”

Jawabnya : “Aku telah tinggalkan kepada mereka yang lebih baik daripada harta yang mereka tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”

Ditanya kepada Sa’ad lagi : “Apa yang kamu tinggalkan kepada anak-anak kamu?”

Jawabnya : “Aku tinggalkan kepada anak-anak aku dengan pesanan jangan tinggalkan Surah Al-Waqiah.

Jadi, kepada anda yang telah mengajar anak-anak anda mendalami Al-Quran berserta Surah Al-Waqiah sejak mereka kecil, anak-anak itu sangat beruntung dan pastinya mereka tidak akan miskin dengan izin Allah SWT.

Semoga perkongsian doa murah rezeki berserta zikir dan ayat-ayat Al-Quran untuk dipermudahkan rezeki yang melimpah ruah dapat membantu anda untuk terus membuat amalan seperti yang bincangkan di atas. Semoga kita dimurahkan rezeki dan hidup dalam keluarga yang harmoni dan bahagia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge